Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Pemansuhan UPSR dan PMR : IKRAM bersedia menyumbang bagi membangunkan sistem pentaksiran pelajar yang lebih menyeluruh.

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431

IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi  sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH).  MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan  20,000 orang ibubapa di seluruh negara.

Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”.

MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara lebih menyeluruh dan seimbang. Sistem tersebut dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM). Read the rest of this entry »

Filed under: Ikram, Kenyataan Media

JIM kini bernaung di bawah IKRAM

Kuala Lumpur – Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dirasmikan pada 20 Jun baru baru ini di MIECC, Mines Resort City, Seri Kembangan. IKRAM menggabungkan NGO-NGO Islam yang selama ini bergerak dengan kelebihannya yang tersendiri. NGO tersebut adalah :

1. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

2. Pendidikan Sri Smi berhad (MUSLEH)

3. Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS)

4. Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB)

5. Aqsa Syarif

IKRAM negeri Terengganu diperkuat dengan penubuhan empat cawangan IKRAM daerah iaitu IKRAM Kuala Terengganu, IKRAM Dungun, IKRAM Kemaman dan IKRAM Besut.

Baca lagi di sini dan sini untuk berita mengenai majlis perasmian Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Dengan tema ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan’, IKRAM bermatlamat untuk :

  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Filed under: Ikram, Pengumuman

Menghalalkan yang haram, burukkan imej negara : YDP JIM Terengganu

(klik pada gambar untuk besarkan imej)

Dalam Sinar Harian 4 Jun lalu, kenyataan media JIM Terengganu telah menjadi tatapan ramai. Dalam kesibukan persediaan untuk berdemonstrasi menentang keganasan Israel, isu ini menarik perhatian semua terutama mereka yang prihatin kepada agama.

Petikan ;

“Sebagai sebuah negara yang meletakkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan, kewajaran meluluskan lesen perjudian bercanggah sama sekali”

“Hasil pendapatan yang haram itu bakal mengundang kemurkaan dan azab Allah S.W.T dan akan hilang keberkatan kepada negara tercinta ini”

“JIM Negeri Terengganu menentang sebarang keputusan kerajaan yang menghalalkan aktiviti sebegini dan menggesa kerajaan membersihkan kantung pendapatan negara dari hasil perjudian itu”

“Kita tidak mahu perkara haram dan dosa besar menjadi fokus utama dalam kalangan umat Islam”

Hj Zameran Jusoh

YDP JIM Terengganu

Filed under: Artikel, Kenyataan Media

Ayuh, Bantah kekejaman Israel!

Ayuh hadir di demonstrasi membantah kekejaman Israel di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak pada :

Tarikh : 4 Jun 2010 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang (lepas solat Jumaat)

Datang beramai-ramai

free palestine 2

free al quds

berapa mayat lagi diperlukan untuk hati anda terbuka

Filed under: Banner, Hak Asasi Manusia, LL4G, Palestin

Lifeline 4 Gaza : Israel terus menggila

Dapatkan update disini :

http://twitter.com/sahabatalaqsha

Live streaming :

http://www.livestream.com/insaniyardim/

@

http://www.livestream.com/newchannel/popoutplayer?channel=insaniyardim

@

http://presstv.com/

Laman rasmi :

http://www.lifeline4gaza.org/

Filed under: Antarabangsa, Hak Asasi Manusia, LL4G, Palestin,

Jom berdakwah melalui ICT

Assalamualaikum warahmatullah,

Selesai sudah latihan pengendalian blog di makmal komputer SMI Al Amin Kemaman. Program anjuran JIMedia Terengganu ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli ahli JIM khususnya tentang perlunya turut serta dengan perkembangan pesat dunia ICT. Banyak peluang dakwah perlu diterokai dengan pena digital ini.

Tujuan latihan adalah memastikan setiap peserta berupaya untuk mewujudkan blog sendiri dan berkemampuan untuk istiqamah dalam mengemaskini blog. Ya, cabaran besar untuk pengendali blog adalah untuk mengemaskini blog vs masa yang terus bergerak.

Kita perlukan para pendakwah dalam dunia blog. Pendakwah yang benar. Pendakwah yang mampu untuk memberi panduan berasaskan Al Quran dan Sunnah. Pendakwah yang menjadi rujukan apabila timbul persoalan persoalan agama, aqidah, fikah dan sebagainya. Read the rest of this entry »

Filed under: JIMedia

Selamat Hari Murabbi

Filed under: Sekolah Al Amin

BENTERAS GEJALA PERJUDIAN DARIPADA MENJADI AMALAN BUDAYA MASYARAKAT DI NEGARA INI !

JIM Negeri Terengganu amat kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein pada hari Khamis 6 Mei 2010 yang lalu bahawa kerajaan sedang menimbang secara serius cadangan meluluskan lesen judi pertaruhan sukan (sports betting licenses) bagi mengelak perjudian haram yang dikatakan berleluasa di negara kita.

Read the rest of this entry »

Filed under: Kenyataan Media

KEMBALIKAN SEMULA ROYALTI MINYAK KEPADA RAKYAT TERENGGANU !

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu

Sesi 2009-2011

SEMPENA 10 TAHUN

HAK RAKYAT TERENGGANU DICABULI – KEMBALIKAN SEMULA ROYALTI MINYAK KEPADA

RAKYAT TERENGGANU !

Sempena 10 tahun penafian hak rakyat Terengganu menerusi kerajaan negeri untuk mendapat nilai 5% setahun royalti minyak sejak kali terakhir penerimaan pada bulan Mac 2000 daripada PETRONAS, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu mendesak agar Perdana Menteri mengembalikan semua royalti minyak sebagaimana yang termeterai di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974. Ini diperkukuhkan dengan kenyataan mantan Pengerusi Petronas yang bertanggungjawab bersama merangka akta di atas iaitu Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Februari 2010 yang lalu tentang hak kerajaan negeri yang sangat jelas diperuntukkan di dalam akta ini ini di hadapan puluhan ribu rakyat di Kota Bharu.

Kerajaan Terengganu adalah menjadi sebuah negeri pengeluar minyak yang terbesar di negara ini. Menerusi perjanjian yang dimeterai pada tahun 1974 di bawah Akta Pembangunan Petroleum (Petroleum Development Act 1974), PETRONAS perlu membayar bayaran royalti minyak atau bayaran tunai sebanyak 5% dari hasil keluaran minyak setiap tahun kepada kerajaan negeri. Read the rest of this entry »

Filed under: Kenyataan Media

ISU 4.39 JUTA RAKYAT LAYAK MENGUNDI TETAPI BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH DENGAN SPR

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu Sesi 2009-2011

ISU 4.39 JUTA RAKYAT LAYAK MENGUNDI TETAPI BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH DENGAN SPR

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu amat perihatin dengan jumlah rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pemilih atau pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut satu kenyataan SPR yang dikeluarkan oleh Bernama, kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berumur 21 tahun ke atas dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah Bumiputera. Jumlah ini adalah besar mengambilkira jumlah pengundi terkini seramai 11.08 juta berbanding dengan mereka yang berusia 21 tahun ke atas berjumlah 15.47 juta.

JIM Negeri Terengganu juga mengalu-alukan saranan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Hj Wan Ahmad Wan Omar agar pihak badan-badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan-pertubuhan belia serta mana-mana pihak agar bekerjasama dengan SPR untuk mengadakan kaunter khas SPR di setiap penganjuran majlis yang melibatkan penyertaan yang ramai.

Sehubungan dengan ini juga, JIM Negeri Terengganu menggesa agar :-

1-    SPR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi terus berusaha meningkatkan lagi kesedaran pemilih bermula di peringkat persekolahan menengah dan awal universiti lagi. Di samping itu SPR juga perlu meningkatkan lagi usaha-usaha pendidikan pemilih atau voter’s education bagi memastikan penglibatan rakyat di dalam proses demokrasi terus berkembang. Read the rest of this entry »

Filed under: Kenyataan Media

Anda pengunjung ke

  • 23,023

Emel

jimterengganu@gmail.com

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.