Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Ramadhan 1001 Rahmat

Saudara saudari  yang dirahmati Allah,

imagesAlhamdulillah tahun ini kita masih di beri kesempatan, kekuatan dan kesihatan(bagi mereka yang sihat) untuk bertemu dengan bulan yang mulia, bulan yang penuh dengan barakah, bulan yang penuh dengan seribu rahmat dan keampunan, bulan yang dinanti-nanti oleh para ulama dan para solihin.  Itulah bulan “Ramadhan Al-Mubarak”

Ubadah Bin Somit r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang.

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan yang Allah telah melimpah ruahkan di dalamnya keberkatan , menurunkan rahmat , mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk mendapat kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat.  Maka tunjukkanlah kepada Allah taala kebaikan kamu.  Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah orang yang dinafikan rahmat  Alllah pada bulan ini”

Alhamdulillah juga kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadan dan sudah melalui fasa maghfirah.  Iaitu fasa di mana Allah menjanjikan keampunan kepada umatnya yang melakukan ibadah dengan penuh keimanan dan pengharapan.

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan pengharapan (mengharap redha Allah) akan di ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang” Read the rest of this entry »

Filed under: Artikel, WAJIM

Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri (MPWN) 2009

Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri (MPWN) Wanita JIM Terengganu akan berlangsung pada :

Tarikh : 17 Ramadhan 1430H –  7 September 2009 (Isnin)

Tempat : Dewan Kuliah Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Masa : 8.30 am

Semua ahli wanita JIM Terengganu dijemput sebagai pemerhati.

sekian.

Filed under: Pengumuman, WAJIM

ISU KARTIKA – Tangani dengan objektif dan rasional

Kenyataan Media Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

28 Ogos 2009 ( 8 Ramadhan 1430H)

ISU KARTIKA – Tangani dengan objektif dan rasional

pm dr harlina Di awal bulan mulia Ramadhan dan di ambang sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52, Malaysia digemparkan dengan isu pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang ibu berusia 32 tahun, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Pahang meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Pelbagai pihak memberikan maklumbalas yang berbeza, sementara media dalam dan luar negara pula menggembar-gemburkan isu ini hingga ianya menjadi satu polemik yang sensasi.  Menurut perkembangan terkini, hukuman tersebut dikatakan akan disemak semula oleh pihak Mahkamah Syariah Pahang, atas desakan dan tekanan yang diterima. Read the rest of this entry »

Filed under: Kenyataan Media, Krisis akhlak, WAJIM

Mesyuarat Agung Wanita Daerah Kuala Terengganu membuka tirai siri MAD JIM Terengganu

Mesyuarat Agung Wanita Daerah (MAWD) merupakan mesyuarat agung tahunan bagi sayap wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) bertujuan untuk menilai prestasi dan keupayaan serta sebagai medan bermuhasabah untuk pimpinan pimpinan dan ahli ahli Wanita JIM di peringkat daerah. Untuk Negeri Terengganu, Wanita JIM Kuala Terengganu telah menjadi sayap wanita pertama mengadakan mesyuarat ini. MAWD untuk JIM Kuala Terengganu telah diadakan pada  14 Ogos 2009 di Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuala Terengganu (SRIAAKT). Mesyuarat pada tahun ini merupakan tahun pemilihan pimpinan baru untuk menghadapi sesi 2009-2011.

Filed under: Mesyuarat Agung, WAJIM

PENDIRIAN TERHADAP PENAHANAN WANITA DAN KANAK-KANAK DALAM HIMPUNAN MANSUHKAN ISA 1 OGOS 2009.

Kenyataan Media Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

PENDIRIAN TERHADAP PENAHANAN WANITA DAN KANAK-KANAK DALAM HIMPUNAN MANSUHKAN ISA 1 OGOS 2009.

Wanita JIM membantah keras tindakan pihak keselamatan menahan puluhan wanita dan kanak-kanak dalam Himpunan Mansuhkan ISA yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 1 Ogos yang lalu.

Wanita JIM menganggap penahanan tersebut adalah satu tindakan yang amat tidak wajar memandangkan kelompok wanita dan kanak-kanak ini bukanlah kelompok yang bertindak ganas dan merusuh atau menimbulkan kacau bilau. Malahan kelompok wanita dan kanak-kanak adalah merupakan golongan yang sepatutnya dilindungi dan dijaga kebajikan mereka dalam sebarang suasana terutamanya dalam situasi yang tegang.

Harus diingat, golongan wanita dan kanak-kanak yang ditahan baru-baru ini adalah merupakan sekelompok rakyat biasa yang ingin menggunakan hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia, untuk berhimpun secara AMAN bagi menyuarakan keprihatinan dan sokongan mereka terhadap usaha memansuhkan akta kejam ISA. Read the rest of this entry »

Filed under: Hak Asasi Manusia, Kenyataan Media, WAJIM

ISLAM JALAN PENYELESAIAN KRISIS AKHLAK DAN EKONOMI

KENYATAAN MEDIA RASMI WANITA JIM SELANGOR

14 April 2009

ISLAM JALAN PENYELESAIAN KRISIS AKHLAK DAN EKONOMI

TKW JIM Selangor sedang membacakan kenyataan mediaMengharungi kehidupan dalam negara yang pesat membangun seperti Malaysia apatah lagi di negeri yang maju seperti Selangor memang cukup mencabar. Pelbagai gejala sosial yang menjadi kebiasaan di negara-negara maju sudah pun mewarnai kehidupan kita di sini seiring dengan rancaknya pembangunan fizikal yang sedang berlaku di negara ini. Laporan akhbar baru-baru ini mengenai peningkatan mendadak kadar rogol adalah amat menggerunkan dan tidak seharusnya dipandang sepi oleh mana-mana pihak walaupun mungkin ada yang beranggapan  bahawa ini adalah masalah kaum wanita sahaja. Lebih menyedihkan lagi ada yang beranggapan bahawa ia adalah masalah yang lumrah berlaku dalam suasana negara yang ingin mencapai kemajuan ekonomi. Sebarang jenayah yang berlaku walau seremeh manapun harus dilihat sebagai isu masyarakat yang mesti dibanteras agar semua anggota masyarakat boleh hidup dengan selamat dan selesa di mana sahaja mereka berada.

Read the rest of this entry »

Filed under: Kenyataan Media, Krisis akhlak, krisis ekonomi, WAJIM

Anda Bijak Jauhi Zina dan Seminar Wanita Anggun 2009 di Kerteh.

Alhamdulillah program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) telah selamat dan berjaya dijalankan pada 10 April 2009 di Dewan Sekolah Menengah Rantau Petronas dan di dewan solat Masjid Tengku Mizan manakala Seminar Wanita Anggun 2009 yang bermula pada pagi 11 April 2009 pula telah selamat melabuhkan tirainya pada petangnya di Dewan Seri Delima , Petronas Wilayah Pantai Timur. Kedua dua program ini yang diadakan selama dua hari berturut adalah anjuran Wanita JIM Terengganu dengan kerjasama Petronita.
Read the rest of this entry »

Filed under: remaja, WAJIM

ANDA BIJAK JAUHI ZINA di Kerteh hari ini (10 April 2009)!

Program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) yang semakin popular sejak akhir akhir ini di kalangan aktivis masyarakat JIM di seluruh negara telah bertapak di Dewan Sekolah Menengah Rantau Petronas, Kerteh. ABJZ kali ini menampilkan 3 tokoh wanita yang tidak asing lagi dalam memperjuangkan kempen ABJZ, iaitu Puan Rosmawati Zainal, Cik Roha Hassan dan Puan Yusnani Abd Hamid.

Slot pagi ini dimulakan dengan Ada Apa Dengan Cinta iaitu slot LDK yang dikendalikan oleh Ummi Rose dan KRJ Terengganu.

Kemudian, selepas minum pagi, forum Berapa Harga Dirimu menampilkan Pengurus KRJ Dungun selaku moderator dan ahli panel terdiri daripada 3 tokoh wanita jemputan diadakan hampir 1 jam setengah.

Pada sebelah petang pula, satu lagi forum diadakan di Masjid Tg Mizan, Kerteh bersama dengan Ketua Pelajar sebuah sekolah yang terlibat dengan program ini dan seorang guru yang berpengalaman lebih 14 tahun dalam pendidikan, juga Ketua Wanita JIM Terengganu turut menjadi panel pada forum yang dikendalikan oleh Kak Roha ini.

Semoga pihak yang terlibat dapat memanfaatkan input yang diperolehi dan semoga JIM semakin dekat dengan masyarakat!

Filed under: remaja, WAJIM

SEMINAR WANITA ANGGUN 2009 @ 11 April 09

Seminar Wanita Anggun 2009 akan diadakan pada 11 April 2009 di Dewan
Seri Delima, PWPT bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 ptg.

Antara penceramah yang diundang ialah Dr Hafidzah Mustakim yang
akan membicarakan tentang “Cantik Di Dalam, Cantik Di luar” , Ustaz Hj
Mahmud Mat dengan tajuk “Wanita Idaman Lelaki” dan diakhiri dengan
Talk Show dengan topik “Aku Wanita Anggun?”
Read the rest of this entry »

Filed under: WAJIM

Program Pembinaan Saksiah Remaja Kertih 9-10 April 2009

Program Pembinaan Saksiah Remaja akan diadakan pada 9-10 April 2009 di Kertih. Program ini adalah anjuran bersama Panel Kesihatan Kertih bersama Wanita JIM Terengganu, Raudhatus Sakinah (RS) , KRJ Terengganu , Petronita CWPT dan juga Masjid Tengku Mizan Kertih.

Read the rest of this entry »

Filed under: remaja, WAJIM

Anda pengunjung ke

  • 23,023

Emel

jimterengganu@gmail.com

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.