Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Persiapan Diri Menghadapi Ramadhan

Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi

Persiapan Mental

Persiapan mental untuk puasa dan ibadah lain yang berkaitan dengannya sangat penting. Apalagi pada saat menjelang hari-hari terakhir, kerana tarikan keluarga yang ingin berbelanja mempersiapkan hari raya, pulang ke kampung dan lain-lain sangat mempengaruhi umat Islam dalam menunaikan kekhusukan ibadah Ramadhan. Kejayaan ibadah Ramadhan seorang muslim dilihat di penghujungnya. Jika akhir Ramadhan diisi dengan iktikaf dan taqarrub yang lainnya, maka insya Allah dia termasuk di kalangan yang berjaya di dalam melaksanakan ibadah Ramadhan.

Persiapan Ruhiyah (spiritual) Read the rest of this entry »

Filed under: Minda Pimpinan, Ramadhan, TPSM

15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita

Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi (FAZ)

Di celah-celah perbincangan kita tentang ISA, rasuah, mesyuarat dan program-program dakwah di sana sini, elok juga kita berhenti sejenak mengingat tentang peringatan rabbani yang banyak disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah tentang musuh manusia paling utama ini. Hakikatnya sebagaimana yang kita pelajari daripada Tafsir Surah an-Nass ialah :

a) manusia perlu berusaha mencari perlindungan rabbani daripada hasutan dan gangguan musuh utama mereka iaitu syaitan;

b) sifat syaitan yang sentiasa menabur hasutan dan keraguan serta godaan kejahatan ke dalam dada manusia;

c) sifat syaitan yang sebenarnya lemah iaitu yang hanya mendampingi manusia bila mereka lupa Allah dan menjauhi manusia bila manusia sentiasa mengingati-Nya;

d) mengenali, berhati-hati serta menjauhi sifat-sifat manusia yang digelar syaitan. Read the rest of this entry »

Filed under: Minda Pimpinan, Tafsir Quran, TPSM

Catatan Tarbiah – Dakwah Kepada Belum Islam

Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi (FAZ)

Ingin berkongsi satu tazkirah atau kuliah yang menyentuh ayat ke-7 surah al-Baqarah yang disampaikan oleh Imam Masjid seusai solat subuh di Masjid Paka, Dungun, Terengganu sebelum ini.

Ringkas tapi ternyata padat dan sarat dengan mesej dakwah.

Ayat yang bermaksud :

“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka (sehingga nasihat atau hidayah tersebut tidak bisa masuk ke dalam hati mereka), penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.”

Ayat yang biasa kita baca dan hafal ini boleh dilihat disudut dakwah khususnya dakwah kepada bukan Islam. Sebagai seorang muslim yang membaca ayat ini, kita perlulah merenung diri kita sejauhmana kita telah menyampaikan dakwah Islam kepada mereka yang belum Islam. Malah realiti umat Islam di negara kita sendiri menyebabkan penampilan Islam yang keliru diterima oleh orang yang bukan Islam. Read the rest of this entry »

Filed under: Dakwah Belum Islam, Minda Pimpinan, TPSM

Wasilah-wasilah Tarbiah di sisi Ikhwan Muslimun : Tarbiah Islamiah dan Tujuannya

Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi (FAZ)

Menyebut tentang tarbiah di kalangan aktivis dakwah dan gerakan Islam seringkali dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimun (IM) atau menyertakan bersama muassis gerakan ini iaitu Hasan al-Banna, pendiri jamaah Ikhwan. Ikhwan telah diakui menjadi sumber inspirasi arus kebangkitan Islam abad ke-20 sejak tertubuhnya pada tahun 1928 oleh sang pendiri yang berusia 22 tahun ketika itu. Read the rest of this entry »

Filed under: Minda Pimpinan, TPSM

Politik Adalah Sebahagian daripada Tarbiah – 2

Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi (FAZ)

Di dalam risalah asy-Syahid Imam Hasan al-Banna yang lain iaitu Risalah Da’watuna dari Majmu’atu ar-Rasaa-il, beliau menjawab kritikan terhadap al-Ikhwan al-Muslimun (IM) yang bersifat organisasi yang berkempen politik. Read the rest of this entry »

Filed under: Minda Pimpinan, Politik, TPSM

Pengislahan Remaja di Zaman Serba Mencabar

Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi (FAZ)

Menarik untuk kita sama-sama membantu umat yang menghadapi 1001 macam permasalahan akhir zaman yang paling mencabar. Dimensi jahiliah yang rencam atau kompleks yang disebut “dzulumat” di dalam al-Quran. Untuk dilakukan perubahan oleh generasi penyelamat kepada satu penyelesaian yang hakiki iaitu Islam yang disebut “an-nuur“. Read the rest of this entry »

Filed under: Krisis akhlak, Minda Pimpinan, remaja, TPSM

Politik Adalah Sebahagian Daripada Tarbiah

Oleh : Fakhrul Anuar bin Zulkawi (FAZ)

Antara pelajaran yang kita dapat ambil daripada khazanah peninggalan Imam asy-Syahid Hasan al-Banna r.h. ialah kepentingan tarbiah di dalam dimensi perubahan umat dan kepemimpinan. Hasan al-Banna (HAB) memiliki pelbagai susuk potensi dan kemampuan – beliau bukan sahaja seorang ulama’ dan daie, Read the rest of this entry »

Filed under: Minda Pimpinan, Politik, TPSM

Persiapan Ke Karnival Sukan Negeri (KSN’09) Terengganu 2 Mei 2009

Asssalamu’alaikum warahmatullah,
Untuk makluman semua ahli JIM Terengganu, Karnival Sukan Negeri (KSN’09) akan diadakan pada tarikh 2 Mei 2009 (dianjakkan daripada tarikh asal 18 April seperti dalam Memo 1 bertarikh 14 Feb sebelum ini). Ianya anjuran bersama JIM & ISMA Negeri Terengganu dan akan diadakan di Paka (dengan kerjasama JIM Dungun)
Sehubungan dengan itu, setiap daerah diminta menghantar minima 1 pasukan yang melibatkan gabungan remaja, IPT, belia dan dewasa bagi setiap acara yang dipertandingkan iaitu :
Kategori Lelaki : Bolasepak, Bolatampar & Olahraga (Lari Berganti-ganti)
Kategori Wanita : Bolajaring, Badminton & Bolatampar

Setiap daerah hendaklah menghantar senarai pasukan selewat-lewatnya pada 28 April 2009 ini. Kerjasama setiap daerah adalah amat dihargai. Semoga program tarbiah ini mampu memacu ahli dan jamaah ke arah kecergasan diri dan dakwah di Terengganu inshaAllah.
Yang diamanahkan,
Fakhrul Anuar Zulkawi
Pengerusi JK TPSM Negeri

Filed under: Riadhah, TPSM

Anda pengunjung ke

  • 23,061

Emel

jimterengganu@gmail.com

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.