Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

MPWN dan MPN JIM Terengganu 2011 selesai.

Dungun, 13 Nov : Mesyuarat Perwakilan Negeri JIM Terengganu telah berlangsung dengan penuh suasana muhasabah dan ukhuwah pada 12 November 2011 bertempat di dewan utama SRI Al Amin Dungun.

Mesyuarat Perwakilan Wanita JIM terlebih dahulu mengambil tempat dengan bermesyuarat bermula pada pagi tersebut dan diikuti oleh Mesyuarat Perwakilan Negeri JIM pada sebelah petangnya.

Mesyuarat dimulakan dengan alunan bacaan ayat ayat suci Al Quran yang dibacakan oleh Ustaz Muzahar Hitam dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh YDP JIM Terengganu, Hj Zameran Jusoh. Seterusnya MPN dimulakan dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap, Hj Abd Aziz bin Abdullah.

Hj Zameran mengingatkan perwakilan tentang perkara perkara asas dalam dakwah dan tarbiah JIM yang seharusnya sudah difahami dengan jelas. YDP juga mengajak perwakilan merenung semula segala usaha yang telah dilakukan dalam JIM Terengganu, adakah ia memberi kesan yang baik kepada masyarakat atau sebaliknya.  YDP juga mengajak semua perwakilan untuk terus memacu dakwah dan tarbiah terus ke hadapan dengan memberi sokongan yang tidak ragu ragu kepada IKRAM.

Mesyuarat berakhir sekitar jam 6.15 petang.

 

Bersama Islam Membina Masyarakat

Filed under: Mesyuarat Agung, Sekolah Al Amin

Selamat Hari Murabbi

Filed under: Sekolah Al Amin

Hijjaz Warnai Malam Amal SRIAA Kuala Terengganu 2009 di TTI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayahNya, majlis makan malam amal Al-Amin Kuala Terengganu bersama Hijjaz telah berlansung dengan lancarnya di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Read the rest of this entry »

Filed under: Sekolah Al Amin

MALAM AMAL SRIAA KUALA TERENGGANU KE 2 : KALI INI BERSAMA HIJAZ

DSCF2526

MALAM AMAL SRIAAKT KE-2, adalah rentetan usaha berterusan untuk mengumpulkan dana bagi membina bangunan kekal SRIAAKT. Setakat ini, alhamdulillah, pembangunan telah selesai hampir 80% dan kini memasuki fasa akhir. Namun begitu bebanan pembayaran masih besar iaitu hampir lebih RM500,000 lagi yang perlu dicari. Read the rest of this entry »

Filed under: Sekolah Al Amin

SRIAAKT in progress…

Assalamualaikum,
Pembinaan bangunan baru Sek Ren Islam Al Amin KT terus berjalan mengikut jadual. Disertakan gambar gambar terkini SRIAAKT. Sebarang bentuk sumbangan sangat dialu alukan.
baca lagi>>>Blog JIM KT

Filed under: Sekolah Al Amin

Anda pengunjung ke

  • 23,061

Emel

jimterengganu@gmail.com

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.