Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

JIM kini bernaung di bawah IKRAM

Kuala Lumpur – Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dirasmikan pada 20 Jun baru baru ini di MIECC, Mines Resort City, Seri Kembangan. IKRAM menggabungkan NGO-NGO Islam yang selama ini bergerak dengan kelebihannya yang tersendiri. NGO tersebut adalah :

1. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

2. Pendidikan Sri Smi berhad (MUSLEH)

3. Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS)

4. Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB)

5. Aqsa Syarif

IKRAM negeri Terengganu diperkuat dengan penubuhan empat cawangan IKRAM daerah iaitu IKRAM Kuala Terengganu, IKRAM Dungun, IKRAM Kemaman dan IKRAM Besut.

Baca lagi di sini dan sini untuk berita mengenai majlis perasmian Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Dengan tema ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan’, IKRAM bermatlamat untuk :

  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Filed under: Ikram, Pengumuman

Tahniah! Jawatankuasa Baru JIM sesi 2009-2011

(klik pada gambar untuk larger view)

Tahniah kepada YDP dan ahli jawatankuasa yang baru dilantik menerajui JIM Terengganu untuk sesi 2009-2011.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa JIM Terengganu sesi 2009-2011

YDP : Hj Zameram Jusoh

NYDP : Hj Khairudin Mohamad

Setiausaha Negeri (SUN) : Hj Fakhrul Anuar Zulkawi

Bendahari : Hj Abas Sahat

Pen. SUN : Norfizam Said

Ketua Wanita : Hjh Yong Rafidah Salleh

Ahli Jawatankuasa

1. Ustaz Muzahar Hitam

2. Hj Zulkifli Ali

3. Hj Ahmad Sabri Mohd Yazid

4. Puan Hjh Khadijah Atan

5. Puan Hjh Masita Abdullah

6. Ammar Shamsuddin

7. Mohd Sufian Mat Ali

Filed under: Mesyuarat Agung, Pengumuman

Malam Amal Nusantara 2009 – Kepedulian Merentasi Sempadan

(klik pada gambar untuk ke laman web)

Ayuh Menyumbang untuk saudara kita di Nusantara!

Filed under: Antarabangsa, Pengumuman

Notis Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) JIM Terengganu 2009

logo JIMPERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) TERENGGANU

Kompleks JIM Kemaman, LOT 772 Kg Baru, 24300 Kerteh, Terengganu

Tel: 019-9132463 emel: muzahar@gmail. com

Ruj Kami : MPN/1 – 2009

Kepada :

Ahli – ahli JIM seluruh Negeri Terengganu

27hb September 2009

Assalamu’alaikum Wrh Wbt

PER : MESYUARAT PERWAKILAN NEGERI (MPN) JIM TERENGGANU 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) JIM Terengganu akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 10 Oktober 2009  /  21 Syawal 1430H

Tempat : Pusat Pendidikan Al Amin Kemaman, Kemaman.

Masa : 8.oo pagi – 1.00 tengahari

2. Sebagaimana maklum, Mesyuarat Perwakilan Negeri adalah satu perhimpunan yang sangat penting bagi ahli – ahli membincangkan prestasi JIM Negeri sepanjang setahun.

Jadikanlah perhimpunan ini sebagai tempat untuk kita mengemukakan idea dan merumuskan hasil yang terbaik. Selain itu ahli –ahli digalakkan memberi cadangan dan teguran yang membina demi melonjakkan aktivisma JIM.

3. Kepada Allah jua kita pohon kelapangan masa dan dapat hadir ke Mesyuarat ini, Insya Allah.

Wassalam

BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT

MUZAHAR BIN HITAM

Setiausaha JIM Negeri

Sesi 2007 – 2009

019-9132463

Filed under: Mesyuarat Agung, Pengumuman

Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri (MPWN) 2009

Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri (MPWN) Wanita JIM Terengganu akan berlangsung pada :

Tarikh : 17 Ramadhan 1430H –  7 September 2009 (Isnin)

Tempat : Dewan Kuliah Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Masa : 8.30 am

Semua ahli wanita JIM Terengganu dijemput sebagai pemerhati.

sekian.

Filed under: Pengumuman, WAJIM

Majlis Berbuka Puasa JIM Dungun dan JIM Kuala Terengganu

banner

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

JIM Dungun dan JIM Kuala Terengganu akan menganjurkan majlis berbuka puasa seperti berikut :

Tarikh : 4 September 2009 (Jumaat)

Tempat : SRIAA Kuala Terengganu (JIM Kuala Terengganu, mula 4.30 ptg) dan SRIAA Dungun (JIM Dungun, mula 6.30 ptg)

Untuk pertanyaan, sila hubungi Guru Besar ;

SRIAA Kuala Terengganu – Ustaz Munawwar Mohamad (013-9273557)

SRIAA Dungun – Puan Hjh Nazilah Mohamad (019-9345401)

Filed under: Pengumuman

jom sertai HIMPUNAN MANSUH ISA 1 Ogos 2009

himpunanmansuhisa

Filed under: Hak Asasi Manusia, Pengumuman

Ketua Wanita JIM Terengganu di SMK Paka hari ini.

Ketua Wanita JIM Terengganu, Puan Hjh Yong Rafidah Salleh akan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka untuk menyampaikan ceramah Anda Bijak Jauhi Zina untuk pelajar puteri tingkatan 1 hingga 6 bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.

Pejabat Media JIM Negeri Terengganu

Filed under: Pengumuman

Anda pengunjung ke

  • 23,023

Emel

jimterengganu@gmail.com

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.