Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

KRJ Terengganu jayakan Program Pembangunan Minda Insan untuk belia KETENGAH

Pada 14 hingga 16 Disember baru baru ini, Kelab Remaja JIM Terengganu telah diamanahkan untuk mengendalikan Program Pembangunan Minda Insan untuk belia dan beliawanis yang tinggal di sekitar Hulu Dungun. Program ini dianjurkan oleh KETENGAH dengan kerjasama Kolej KETENGAH dan Kelab Remaja JIM Terengganu. Program diadakan di De Rhu Resort, Kuantan.

Program selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk memberi input dan motivasi kepada peserta mengenai tujuan hidup di dunia ini. Turut hadir sama mengendalikan program ini ialah Pengerusi Tarbiyah JIM Terengganu, Akhi Muzahar bin Hitam. Barisan fasilitator dan pengendali adalah bekas pimpinan Kelab Remaja JIM Terengganu dan ahli Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Terengganu (PEMIKIR).

KRJ Terengganu melaksanakan modul Keindahan Bersama Mu (KBM) yang membawa peserta menghayati indahnya hidup ini apabila kita dekat dengan Allah, indahnya hidup ini jika kita benar benar sayang kepada Rasulullah s.a.w, indahnya bersama para sahabat dan indahnya hidup dengan ibu dan bapa.

Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Hj Fakaruddin bin Ahmad, Pengurus Bahagian Pembasmian Kemiskinan KETENGAH. Ustaz Muzahar Hitam berucap mewakili JIM.

Semoga semua peserta mampu menghayati segala apa yang telah dicurahkan dan KRJ Terengganu mendoakan agar semua peserta akan terus istiqamah dalam perubahan perubahan positif yang telah mereka janjikan.

Untuk lihat gambar, boleh klik sini

Sekian, wassalam

Dilaporkan oleh Kelab Remaja JIM Terengganu

Filed under: KBM, remaja

Program terkini Kelab Remaja JIM (KRJ) Terengganu

Assalamualaikum warahmatullah,

Berikut adalah program terdekat melibatkan Jawatankuasa Pembangunan Remaja (JKPR) JIM Terengganu melalui Kelab Remaja JIM (KRJ) Terengganu :

1) 16-17 Julai 2010 – Program KBM versi IPT di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

2) 23-24 Julai 2010 – Program KBM versi Remaja di Sekolah Menengah Sains Dungun  untuk pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5

3) 30-31 Julai 2010 – Program KBM versi Remaja di SMK Air Putih, Kemaman melibatkan pelajar tingkatan 3-5

Keindahan Bersamamu (KBM) adalah satu program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih dan sayang.

KBM adalah program KRJ yang semakin mendapat tempat di IPT dan sekolah sekolah di Terengganu. Sebelum ini, KRJ Terengganu telah dijemput mengendalikan KBM di SMK Geliga, SMK Sultan Ismail 1 dan 2, IMTIAZ Kuala Terengganu, SBP Batu Rakit dan SMK Felda Neram. Uitm Dungun dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin juga telah bersama dengan KRJ dalam program KBM ini. apa itu KBM?—>klik sini

Untuk maklumat lanjut mengenai KBM, sila hubungi penyelaras KBM KRJ Terengganu, Saudara Mohd Sufian Mat Ali ( 019 939 8220 )

Filed under: KBM, KRJ, remaja

Anda pengunjung ke

  • 23,061

Emel

jimterengganu@gmail.com

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.