Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Kenyataan Media : Tingkatkan Pengorbanan

11 Zulhijjah 1431 H / 18 November 2010

 

Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menyeru rakyat di negeri ini untuk menghayati pengertian erti pengorbanan sempena sambutan Eiduladha 1431H yang disambut oleh seluruh umat Islam pada 17 Oktober 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H.

 

Erti pengorbanan ini telah ditunjukkan oleh Allah SWT sebagaimana yang terakam di dalam al-Quran dan as-Sunnah menerusi sirah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. melaksanakan perintah Allah SWT dan juga sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi contoh ikutan terbaik umat Islam. Perjuangan nabi s.a.w. menegakkan syariat Allah SWT yang menjadi agenda besar perubahan umat hendaklah diteladani oleh umat Islam hari ini dan ini hendaklah seiring dengan pengorbanan yang perlu dijayakan oleh umat Islam.

 

Perjuangan menegakkan hukum Allah SWT perlu kepada premis kesatuan ummah yang utuh di negara ini. Perpecahan di kalangan umat Islam hendaklah diperbaiki segera demi memenangkan agenda besar perubahan Islam yang perlu dijayakan. Maslahah hari ini ialah untuk memenangkan agenda Islam melebihi kepentingan parti dan kaum yang sempit. Usaha-usaha penerangan dan dakwah kepada umat Islam hendaklah diperhebatkan apalagi umat hari ini berhadapan pelbagai cabaran akidah serta sosial serta ekonomi umat. Begitu juga umat bukan Islam di negara ini hendaklah diberikan penerangan yang adil dan jelas tentang agama ini bagi mengelakkan salah faham terhadap agama ini.

 

IKRAM Terengganu dan JIM Terengganu dengan itu menyeru agar umat Islam di negeri ini terus memberikan dokongan yang padu terhadap perjuangan menegakkan Islam di negeri ini dan negara amnya. Bagi yang menunaikan fardu haji tahun ini, marilah sama-sama kita mendoakan agar mereka mendapat haji yang mabrur inshaAllah.

 

Ustaz Hj Muhammad Lokman bin Dato’ Awang

YDP IKRAM Terengganu

 

Hj Zameran bin Jusoh

YDP JIM Terengganu

 

Filed under: Ikram, Kenyataan Media

BANTAH PELAN ETP UNTUK HAB HIBURAN MALAM

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI TERENGGANU

DAN

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) NEGERI TERENGGANU

BANTAH PELAN ETP UNTUK HAB HIBURAN MALAM

11 November 2010 / 4 Zulhijjah 1431H

Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu (IKRAM Terengganu) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu (JIM Terengganu) kesal dengan kenyataan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Rahin Mohd Said yang dipetik di akhbar Sinar Harian pada 6 November 2010 yang mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam ke arah memacu sektor pelancongan dengan menggandakan pendapatan hiburan malam menerusi kemasukan pelancong asing di negara ini sebagaimana pelan yang dirancang menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau dipetik dengan berkata tidak timbul isu hab hiburan malam ini menggalakkan penularan budaya Barat dan menyebabkan pelbagai penyakit sosial. Beliau juga menambah  bahawa orang sekarang lebih terbuka dan perkara itu perlu dilihat secara lebih terbuka kerana sasaran hab ini ialah untuk pelancong asing. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendalian Perniagaan Sektor Eko Pelancongan dan Marin di Sutra Beach Resort.

Kenyataan seperti ini benar-benar menggambarkan pemimpin negeri ini tidak menghormati perasaan dan sensitiviti umat Islam serta masyarakat sivil di negara ini ketika masyarakat berhadapan dengan isu keruntuhan akhlak seperti Read the rest of this entry »

Filed under: Ikram, Kenyataan Media

Benteras gejala zina dan buang bayi adalah tanggungjawab bersama

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI TERENGGANU

DAN

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) NEGERI TERENGGANU

1 November 2010 / 24 Zulkaedah 1431H

BENTERAS GEJALA ZINA DAN BUANG BAYI

ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

 

Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu amat prihatin dan bimbang dengan peningkatan peratusan anak yang tak sah taraf di negeri Terengganu sebagaimana yang dinyatakan dan dibacakan di dalam khutbah Jumaat bertajuk “Zina dan Anak Tak Sah Taraf” siri 44/2010 bertarikh 21 Zulkaedah 1431H bersamaan 29 Oktober 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Menurut JHEAT, anak tak sah taraf adalah anak yang didaftarkan kelahirannya tanpa maklumat bapa. Pada tahun 2007, negeri Terengganu sahaja telah merekodkan sejumlah 531 orang kanak-kanak (277 lelaki dan 254 perempuan) dari keturunan Melayu telah didaftarkan sebagai anak tanpa maklumat bapa.

Manakala pada tahun 2008, jumlah ini bertambah seramai 199 orang, menjadikan bilangan anak tak sah taraf seramai 730 orang (389 lelaki dan 341 perempuan) iaitu pertambahan sebanyak 37.48%.  Jika diambil kira semua keturunan yang beragama Islam, pada tahun 2007 terdapat seramai 576 orang kanak-kanak (298 lelaki dan 278 perempuan) dan pada tahun 2008 seramai 799 orang kanak-kanak (425 lelaki dan 374 perempuan) yang didaftarkan sebagai anak tanpa maklumat bapa. Secara keseluruhannya bagi tempoh tahun 2007 sehingga 2008 terdapat pertambahan sejumlah 223 orang atau 36.72% anak tak sah taraf di negeri Terengganu.

 

Ini ditambah pula dengan laporan Jabatan Pendaftaran Negara yang ,merekodkan sejak 2000 hingga Julai 2008 sahaja terdapat lebih dari 257,000 sijil kelahiran tanpa catatan nama bapa telah dikeluarkan. Secara purata kelahiran anak zina ini adalah 2,500 setiap bulan, 83 kes setiap hari , satu kes setiap 17 minit 17 saat. Statistik kes pembuangan bayi pula terus meningkat ; 45 kes dilaporkan seluruh negara untuk tempoh Jan – Jun 2010 berbanding 79 kes untuk tahun 2009 (Sumber PDRM). Read the rest of this entry »

Filed under: Ikram, Kenyataan Media, Krisis akhlak

Wahabi : Perbezaan pendapat harus ditangani secara ilmiah bukan dengan melabel.

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya.  Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah. Read the rest of this entry »

Filed under: Ikram, Kenyataan Media

Pemansuhan UPSR dan PMR : IKRAM bersedia menyumbang bagi membangunkan sistem pentaksiran pelajar yang lebih menyeluruh.

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431

IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi  sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH).  MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan  20,000 orang ibubapa di seluruh negara.

Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”.

MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara lebih menyeluruh dan seimbang. Sistem tersebut dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM). Read the rest of this entry »

Filed under: Ikram, Kenyataan Media

JIM kini bernaung di bawah IKRAM

Kuala Lumpur – Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dirasmikan pada 20 Jun baru baru ini di MIECC, Mines Resort City, Seri Kembangan. IKRAM menggabungkan NGO-NGO Islam yang selama ini bergerak dengan kelebihannya yang tersendiri. NGO tersebut adalah :

1. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

2. Pendidikan Sri Smi berhad (MUSLEH)

3. Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS)

4. Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB)

5. Aqsa Syarif

IKRAM negeri Terengganu diperkuat dengan penubuhan empat cawangan IKRAM daerah iaitu IKRAM Kuala Terengganu, IKRAM Dungun, IKRAM Kemaman dan IKRAM Besut.

Baca lagi di sini dan sini untuk berita mengenai majlis perasmian Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Dengan tema ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan’, IKRAM bermatlamat untuk :

  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Filed under: Ikram, Pengumuman

Anda pengunjung ke

  • 23,061

Emel

jimterengganu@gmail.com

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.