Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

BANTAH PELAN ETP UNTUK HAB HIBURAN MALAM

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI TERENGGANU

DAN

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) NEGERI TERENGGANU

BANTAH PELAN ETP UNTUK HAB HIBURAN MALAM

11 November 2010 / 4 Zulhijjah 1431H

Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu (IKRAM Terengganu) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu (JIM Terengganu) kesal dengan kenyataan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Rahin Mohd Said yang dipetik di akhbar Sinar Harian pada 6 November 2010 yang mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam ke arah memacu sektor pelancongan dengan menggandakan pendapatan hiburan malam menerusi kemasukan pelancong asing di negara ini sebagaimana pelan yang dirancang menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau dipetik dengan berkata tidak timbul isu hab hiburan malam ini menggalakkan penularan budaya Barat dan menyebabkan pelbagai penyakit sosial. Beliau juga menambah  bahawa orang sekarang lebih terbuka dan perkara itu perlu dilihat secara lebih terbuka kerana sasaran hab ini ialah untuk pelancong asing. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendalian Perniagaan Sektor Eko Pelancongan dan Marin di Sutra Beach Resort.

Kenyataan seperti ini benar-benar menggambarkan pemimpin negeri ini tidak menghormati perasaan dan sensitiviti umat Islam serta masyarakat sivil di negara ini ketika masyarakat berhadapan dengan isu keruntuhan akhlak seperti penzinaan, minum arak, buang janin dan bayi, gadis hilang dan lari dari rumah, penularan budaya hiburan negatif barat, lumba haram dan seumpamanya. Pemimpin kerajaan hari ini masih tidak mengambil iktibar terhadap bantahan masyarakat terhadap lesen judi bolasepak yang akhirnya dibatalkan kerajaan baru-baru ini. Cadangan untuk menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020 serta mewujudkan lebih 8000 peluang pekerjaan khususnya melalui cadangan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu ternyata bertentangan dengan aspirasi masyarakat hari ini yang tidak mahu kantung khazanah negara diisi dengan sumber-sumber yang tidak halal.

Kewujudan hab hiburan malam ini sebenarnya ibarat mencurahkan minyak kepada api gejala sosial yang menyala-nyala di negara ini. Kenyataan dangkal yang hab ini hanya untuk pelancong asing adalah satu yang tidak munasabah kerana kita sendiri boleh lihat dengan kewujudan kelab-kelab malam di negara kita hari ini sahaja sudah menunjukkan betapa ramainya para remaja dan belia yang menjadi pengunjung utama ke pusat-pusat maksiat tersebut. Motif utama cadangan ini kononnya untuk menarik para pelancong asing tanpa menjejaskan akhlak masyarakat setempat khususnya di kalangan generasi muda merupakan suatu retorika sahaja berdasarkan rekod kawalan dan pencegahan yang amat lemah sebelum ini.

IKRAM Terengganu dan JIM Terengganu juga sedar yang pihak kerajaan perlu berusaha meningkatkan pendapatan negara tetapi bukan dengan cara dan sumber yang menggalakkan budaya hiburan melampau dan tidak selari dengan adat dan agama seperti ini. Kita yakin kerajaan berupaya meningkatkan sumber pendapatan sektor pelancongan dengan menumpukan usaha kepada menarik pelancong kepada keluhuran budi bahasa rakyat,  kewujudan tempat-tempat bersejarah, infrastruktur serta pakej aktiviti pelancongan yang menarik serta keindahan flora dan fauna yang dianugerahi Allah SWT kepada negara kita yang tidak terdapat di negara-negara lain.

Penerusan usaha-usaha seperti ini oleh pihak kerajaan akan hanya mengundang kepada keresahan dan protes rakyat dan ini pastinya akan diterjemahkan di dalam Pilihanraya Umum Ke-13 kelak.

 

 

 

 

 

Ustaz Hj Mohd Lokman bin Dato’ Awang

YDP IKRAM Terengganu

Sesi 2010-2012

 

 

 

 

 

 

 

Haji Zameran bin Jusoh

YDP JIM Terengganu

Sesi 2009-2011

Filed under: Ikram, Kenyataan Media

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: