Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Benteras gejala zina dan buang bayi adalah tanggungjawab bersama

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI TERENGGANU

DAN

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) NEGERI TERENGGANU

1 November 2010 / 24 Zulkaedah 1431H

BENTERAS GEJALA ZINA DAN BUANG BAYI

ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

 

Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu amat prihatin dan bimbang dengan peningkatan peratusan anak yang tak sah taraf di negeri Terengganu sebagaimana yang dinyatakan dan dibacakan di dalam khutbah Jumaat bertajuk “Zina dan Anak Tak Sah Taraf” siri 44/2010 bertarikh 21 Zulkaedah 1431H bersamaan 29 Oktober 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Menurut JHEAT, anak tak sah taraf adalah anak yang didaftarkan kelahirannya tanpa maklumat bapa. Pada tahun 2007, negeri Terengganu sahaja telah merekodkan sejumlah 531 orang kanak-kanak (277 lelaki dan 254 perempuan) dari keturunan Melayu telah didaftarkan sebagai anak tanpa maklumat bapa.

Manakala pada tahun 2008, jumlah ini bertambah seramai 199 orang, menjadikan bilangan anak tak sah taraf seramai 730 orang (389 lelaki dan 341 perempuan) iaitu pertambahan sebanyak 37.48%.  Jika diambil kira semua keturunan yang beragama Islam, pada tahun 2007 terdapat seramai 576 orang kanak-kanak (298 lelaki dan 278 perempuan) dan pada tahun 2008 seramai 799 orang kanak-kanak (425 lelaki dan 374 perempuan) yang didaftarkan sebagai anak tanpa maklumat bapa. Secara keseluruhannya bagi tempoh tahun 2007 sehingga 2008 terdapat pertambahan sejumlah 223 orang atau 36.72% anak tak sah taraf di negeri Terengganu.

 

Ini ditambah pula dengan laporan Jabatan Pendaftaran Negara yang ,merekodkan sejak 2000 hingga Julai 2008 sahaja terdapat lebih dari 257,000 sijil kelahiran tanpa catatan nama bapa telah dikeluarkan. Secara purata kelahiran anak zina ini adalah 2,500 setiap bulan, 83 kes setiap hari , satu kes setiap 17 minit 17 saat. Statistik kes pembuangan bayi pula terus meningkat ; 45 kes dilaporkan seluruh negara untuk tempoh Jan – Jun 2010 berbanding 79 kes untuk tahun 2009 (Sumber PDRM).

 

Ini menunjukkan bahawasanya gejala perzinaan atau seks luar nikah semakin berleluasa dan ini sekaligus telah menyumbang kepada gejala pembuangan bayi dan janin yang semakin meningkat akhir-akhir ini. Pertubuhan IKRAM Terengganu dan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu memandang serius gejala pergaulan bebas, zina dan buang bayi ini yang merupakan sebahagian dari lingkaran penyakit sosial yang semakin membarah dalam masyarakat hari ini.  Sebagai organisasi dakwah yang prihatin terhadap masa depan rakyat dan negara ini kami yakin dan optimis bahawa gejala sosial ini boleh dibendung dengan pendekatan yang holistik membabitkan semua pihak dalam masyarakat dan negara.

 

Sejarah telah membuktikan  bagaimana  syariat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW terbukti berjaya mengeluarkan masyarakat jahiliah ketika itu dari kebejatan aqidah dan sosial sehingga mereka berjaya mencipta tamadun kemanusiaan dan kebendaan yang dibanggakan. Prinsip syariat Islam dilaksanakan melalui pencegahan dengan mengutamakan pendidikan yang menyeluruh dan menutup pintu-pintu kemudaratan serta perawatan dengan aktiviti pemulihan serta penguatkuasaan undang-undang yang mampu menimbulkan kegerunan di kalangan pesalah zina.

 

Dengan ini kami menyarankan agar usaha yang bersepadu dan holistik digiatkan untuk membendung gejala ini:

 

  1. Setiap anggota masyarakat lelaki dan wanita kembali mengamalkan cara hidup berpandukan ajaran agama. Bagi umat Islam tiada jalan lain untuk mengembalikan kegemilangan ummah selain daripada berpegang teguh kepada ajaran Islam sepenuhnya berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Pendidikan anak-anak bermula dari rumah dan ini merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah pendidikan seksualiti yang menekankan dimensi jasmani, emosi, kerohanian, intelek dan sosial.
  3. Ibubapa meningkatkan usaha mendidik dan mendekati anak-anak mereka. Ibubapa dengan kerjasama para guru di sekolah juga harus prihatin dan peka dengan perubahan yang berlaku kepada remaja selain melengkapi diri dengan ilmu keibubapaan dan teknik mendidik yang sesuai dengan zaman globalisasi yang serba mencabar ini. Fokus kepada kejayaan akademik seharusnya diseimbangkan dengan aspek pembinaan dan penjagaan akhlak remaja juga. Remaja perempuan mesti dididik untuk menjaga maruah diri dengan menjaga hijab dan aurat sementara anak lelaki diasuh untuk menghormati serta menjaga maruah kaum perempuan dan bukan mengambil kesempatan terhadap golongan ini.
  4. Semua pihak termasuk institusi kemasyarakatan serta agensi kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan termasuk badan-badan dakwah mestilah bekerjasama dan berpadu tenaga bagi menangani  isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja ini dengan mengadakan program-program pencegahan awal dalam bentuk pendidikan yang berterusan bermula di peringkat sekolah rendah lagi disamping aspek mencegah kemungkaran seperti berkhalwat, duduk berdua-duaan atau membonceng motosikal antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dan sebagainya.
  5. Pihak media mestilah lebih bertanggungjawab untuk membantu ibubapa mendidik anak dengan menghentikan penyebaran bahan-bahan yang menggalakkan dan merangsang remaja untuk  terlibat dalam aktiviti gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
  6. Langkah penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang setimpal kepada pesalah jenayah khalwat, zina dan buang bayi mestilah dilaksanakan dengan tegas supaya ianya boleh menjadi satu iktibar dan berupaya menghentikan jenayah ini dari terus berulang dalam masyarakat. Ternyata hukuman yang ada hari ini masih belum berupaya membenteras gejala khalwat, zina dan buang bayi ini.

 

Bagi membina sebuah negara maju menjelang 2020, usaha yang berterusan perlulah dilakukan secara holistik dan melibatkan semua pihak bagi memastikan negara ini terus mendapat naungan dan keberkatan Allah SWT.

 

 

 

 

Ust Hj Mohd Lokman bin Dato’ Awang

Yang DiPertua IKRAM Terengganu

Sesi 2010-2012

 

 

 

 

 

Hj Zameran bin Jusoh

Yang DiPertua JIM Terengganu

Sesi 2009-2011

Filed under: Ikram, Kenyataan Media, Krisis akhlak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: