Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Wahabi : Perbezaan pendapat harus ditangani secara ilmiah bukan dengan melabel.

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya.  Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah.

IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam.  Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk  mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan.  Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar.

Aktiviti keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana aliran, kerana yang terlibat terdiri daripada pengikut pelbagai aliran.  Mereka lahir daripada salah-faham terhadap Islam dan perjuangannya.  IKRAM menyarankan pihak polis bertindak secara profesional, tidak memihak dan adil agar kepentingan negara dan setiap orang rakyatnya terjaga.

Umat perlu kembali kepada prinsip perbezaan pendapat, sesuatu yang mengkayakan kita, selagi kita mengamalkannya dengan baik. Semua pihak hendaklah bergerak kehadapan membina negara Malaysia yang harmoni, maju dan makmur serta saling bekerjasama membangun kehidupan masyarakat agar sejahtera dan maju.

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad

Presiden

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

www.ikram.org.my

Filed under: Ikram, Kenyataan Media

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: