Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Pemansuhan UPSR dan PMR : IKRAM bersedia menyumbang bagi membangunkan sistem pentaksiran pelajar yang lebih menyeluruh.

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431

IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi  sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH).  MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan  20,000 orang ibubapa di seluruh negara.

Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”.

MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara lebih menyeluruh dan seimbang. Sistem tersebut dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM).

IKRAM mengambil maklum akan cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR dan mengalu-alukan hasrat Kementerian untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak.

IKRAM bersetuju agar semua bentuk penilaian dan pengukuran pencapaian pelajar, sama ada di peringkat pusat mahupun penilaian berasaskan sekolah, termasuk UPSR, PMR dan SPM hendaklah dikaji semula dan diubahsuai, agar semuanya menuju ke arah pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

IKRAM ingin menyarankan agar:

1.     Kementerian Pendidikan kembali meneliti dan bertindak dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah:

“Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

2.     Sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran sedia ada hendaklah dilakukan hanya setelah kajian terperinci dilakukan. Pengalaman yang lalu di mana perubahan-perubahan yang dilakukan secara tergesa-gesa dan tanpa kajian terperinci telah membawa kesan yang amat buruk kepada sistem pendidikan negara.

3.     Segala keperluan asas dan infrastruktur hendaklah disiapkan dengan sempurna sebelum sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran dilakukan.

IKRAM bersedia bekerjasama dengan pihak KPM khususnya pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk menggubal satu sistem pentaksiran kebangsaan yang boleh digunapakai untuk mencapai hasrat murni ke arah melahirkan insan seimbang dan harmonis (JERI) seperti yang termaktub dalam FPK.

IKRAM bersedia untuk:

1.     menjelaskan kepada pihak KPM, khususnya pihak LPM mengenai konsep, falsafah, instrumen dan prosedur SPPM dan membuat kajian untuk mencari suatu mekanisme perlaksanaan yang lebih meluas di sekolah-sekolah kerajaan.

2.     menjalankan penyelidikan lebih mendalam setelah mendapat maklumbalas daripada perbincangan dengan LPM untuk memurnikan lagi SPPM, agar ia dapat disesuaikan dengan hasrat dan kehendak KPM untuk perlaksanaan pada skala yang lebih besar di seluruh negara.

IKRAM percaya jika konsep di atas diterima, maka segala bentuk latihan kepengetuaan dan perguruan, kursus dalam perkhidmatan dan usaha memberi kesedaran awam perlulah dilaksanakan. Dalam hal ini, IKRAM bersedia untuk menyumbang tenaga kepakaran.

Akhirnya, IKRAM berharap agar isu pendidikan tidak dipolitikkan kerana ia melibatkan masa depan anak-anak dan negara.

Moga-moga Allah swt memberkati dan meredhai segala usaha kita demi kemaslahatan negara dan ummah.

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad

Presiden

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

www.ikram.org.my

Filed under: Ikram, Kenyataan Media

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: