Kuala Lumpur – Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dirasmikan pada 20 Jun baru baru ini di MIECC, Mines Resort City, Seri Kembangan. IKRAM menggabungkan NGO-NGO Islam yang selama ini bergerak dengan kelebihannya yang tersendiri. NGO tersebut adalah :
1. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
2. Pendidikan Sri Smi berhad (MUSLEH)
3. Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS)
4. Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB)
5. Aqsa Syarif
IKRAM negeri Terengganu diperkuat dengan penubuhan empat cawangan IKRAM daerah iaitu IKRAM Kuala Terengganu, IKRAM Dungun, IKRAM Kemaman dan IKRAM Besut.
Baca lagi di sini dan sini untuk berita mengenai majlis perasmian Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).
Dengan tema ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan’, IKRAM bermatlamat untuk :
- Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
- Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
- Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
- Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
- Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
- Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
- Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
- Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
Filed under: Ikram, Pengumuman