Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Jom berdakwah melalui ICT

Assalamualaikum warahmatullah,

Selesai sudah latihan pengendalian blog di makmal komputer SMI Al Amin Kemaman. Program anjuran JIMedia Terengganu ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli ahli JIM khususnya tentang perlunya turut serta dengan perkembangan pesat dunia ICT. Banyak peluang dakwah perlu diterokai dengan pena digital ini.

Tujuan latihan adalah memastikan setiap peserta berupaya untuk mewujudkan blog sendiri dan berkemampuan untuk istiqamah dalam mengemaskini blog. Ya, cabaran besar untuk pengendali blog adalah untuk mengemaskini blog vs masa yang terus bergerak.

Kita perlukan para pendakwah dalam dunia blog. Pendakwah yang benar. Pendakwah yang mampu untuk memberi panduan berasaskan Al Quran dan Sunnah. Pendakwah yang menjadi rujukan apabila timbul persoalan persoalan agama, aqidah, fikah dan sebagainya.

Ramai para pendakwah hari ini masih belum mengambil manfaat kelebihan berdakwah dalam dunia ICT ini. Dengan adanya blog, kita mahu melihat ilmu-ilmu yang dimiliki oleh para pendakwah ini dikongsikan untuk manfaat semua. Bukankah ini juga memberi peluang dakwah kepada yang belum Islam? Medium ICT yang luas dan tanpa sempadan juga menjanjikan dakwah tanpa sempadan. Kita mahu seruan Islam sampai kepada setiap insan dalam dunia tanpa sempadan ini!

Lihatlah betapa mudahnya kebaikan dan ilmu itu dikongsikan dengan dunia ICT. Ayuh para pendakwah sekalian, jadilah sebahagian dari keluarga besar ICT ini dan sememangnya dunia ICT ini memerlukan mereka yang mewarisi perjuangan para nabi dan ulama terdahulu.

Mohd Sufian Mat Ali

Pengerusi JIMedia Terengganu

Sesi 2009-2011

21 Mei 2010

Advertisements

Filed under: JIMedia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
%d bloggers like this: