Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

BENTERAS GEJALA PERJUDIAN DARIPADA MENJADI AMALAN BUDAYA MASYARAKAT DI NEGARA INI !

JIM Negeri Terengganu amat kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein pada hari Khamis 6 Mei 2010 yang lalu bahawa kerajaan sedang menimbang secara serius cadangan meluluskan lesen judi pertaruhan sukan (sports betting licenses) bagi mengelak perjudian haram yang dikatakan berleluasa di negara kita.

Sebagai sebuah negara yang meletakkan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang diperuntukkan di dalam perlembagaan negara, kewajaran untuk meluluskan lesen perjudian adalah bercanggah sama sekali dengan tuntutan Islam yang mana telah mengharamkan segala bentuk aktiviti dan unsur perjudian ini. Persoalan untuk menimbang keputusan menghalalkan aktiviti ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali dan wajar ditentang.

Menghalalkan aktiviti perjudian ini akan menggalakkan lagi amalan budaya yang tidak sihat di kalangan rakyat di negara kita. Ianya bukan sahaja merugikan pengamalnya malah memberi kesan serta impak masalah sosial kepada masyarakat serta melahirkan generasi muda yang tidak produktif untuk bekerja kuat demi bangsa dan negara. Ianya juga tidak bersandarkan kehendak masyarakat Islam arus perdana dan memburukkan lagi imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Sehingga kinipun negara kita telah mempunyai sebuah kasino perjudian terbesar di Asia Tenggara dan aktiviti perjudian menerusi operator ramalan nombor (number forecast operators) seperti 4D dan Toto yang semakin bercambah di negara ini.

Menghalalkan aktiviti perjudian ini bakal menambahkan lagi kantung pendapatan negara menerusi hasil percukaian tetapi hasil pendapatan negara yang haram seperti ini bakal mengundang kemurkaan dan azab Allah SWT dan hilangnya keberkatan atau barokah kepada negara yang tercinta ini.

JIM Negeri Terengganu sekali lagi menentang sebarang keputusan kerajaan untuk membenarkan dan menghalalkan aktiviti perjudian di negara ini dan menggesa agar kerajaan membersihkan kantung pendapatan negara daripada hasil aktiviti perjudian ini.

Hj Zameran bin Hj Jusoh

Yang DiPertua JIM Negeri Terengganu

Tel: 012-983 5577

Sebarang maklumbalas, sila hubungi Setiausaha JIM Negeri Terengganu :

Hj Fakhrul Anuar bin Hj Zulkawi

Setiausaha JIM Negeri Terengganu

Tel: 019-359 1268

Filed under: Kenyataan Media

One Response

  1. Fish says:

    Pertaruhan dalam sukan, tolonglah jgn luluskan. Tak berkat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: