Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

KEMBALIKAN SEMULA ROYALTI MINYAK KEPADA RAKYAT TERENGGANU !

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu

Sesi 2009-2011

SEMPENA 10 TAHUN

HAK RAKYAT TERENGGANU DICABULI – KEMBALIKAN SEMULA ROYALTI MINYAK KEPADA

RAKYAT TERENGGANU !

Sempena 10 tahun penafian hak rakyat Terengganu menerusi kerajaan negeri untuk mendapat nilai 5% setahun royalti minyak sejak kali terakhir penerimaan pada bulan Mac 2000 daripada PETRONAS, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu mendesak agar Perdana Menteri mengembalikan semua royalti minyak sebagaimana yang termeterai di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974. Ini diperkukuhkan dengan kenyataan mantan Pengerusi Petronas yang bertanggungjawab bersama merangka akta di atas iaitu Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Februari 2010 yang lalu tentang hak kerajaan negeri yang sangat jelas diperuntukkan di dalam akta ini ini di hadapan puluhan ribu rakyat di Kota Bharu.

Kerajaan Terengganu adalah menjadi sebuah negeri pengeluar minyak yang terbesar di negara ini. Menerusi perjanjian yang dimeterai pada tahun 1974 di bawah Akta Pembangunan Petroleum (Petroleum Development Act 1974), PETRONAS perlu membayar bayaran royalti minyak atau bayaran tunai sebanyak 5% dari hasil keluaran minyak setiap tahun kepada kerajaan negeri.

Terenganu boleh dikategorikan sebagai negeri yang mempunyai bajet yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Ia menerima lebih dari RM1 billion setiap tahun daripada kerajaan pusat dalam bentuk royalti minyak terutama sekali di ketika harga minyak naik mendadak sebelum krisis ekonomi dunia pada tahun 2008. Sebagai contoh dalam Bajet 2010, bajet negeri ialah RM1.8 billion dan RM1.5 billion adalah daripada penerimaan bukan hasil (non-revenue income) yang merupakan sumbangan terbesarnya daripada hasil royalti minyak. Kerajaan Negeri Terengganu telah mula menerima bayaran royalti minyak ini sejak tahun 1978 sehinggalah Mac 2000 apabila Petronas atas arahan kerajaan Pusat berhenti membuat bayaran tunai ini terus kepada kerajaan Negeri.

Untuk melihat sejauh mana besarnya bajet ini, kita boleh ambil contoh Kerajaan Negeri Selangor. Bajet negeri tersebut ialah RM1.5 billion sedangkan rakyat negeri Selangor ialah lebih kurang lima kali ganda jumlah rakyat negeri Terengganu yang dianggarkan sekitar 1 juta orang. Bajet negeri Pulau Pinang pula sekitar RM300 juta.

Negeri Selangor ialah negeri yang paling maju di Malaysia tetapi Terengganu pula antara negeri yang mempunyai tahap kemiskinan yang tertinggi di Malaysia. Merujuk kepada ucapan-ucapan Bajet negeri sebelum ini, dalam tahun 2004, kadar kemiskinan ialah 10.6% – jauh daripada purata nasional 5.1%.

Projek-projek mega di Terengganu yang mendapat perhatian umum ialah Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam (TTI). Monsoon Cup ialah sebuah aktiviti, yang kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab penganjuran selama  10 tahun sejak tahun 2005, dikatakan mencecah kos RM250 juta setahun dan TTI mencecah kos RM249 juta. Pembangunan TTI pula, menurut Menteri Besar Datuk Ahmad Said, peruntukan projek ini disalurkan terus kepada SEDC tanpa konsultasi dengan kerajaan negeri. Dibina di atas lokasi di Pulau Wan Man seluas 22.3 hektar, taman tema Islam ini meletakkan Masjid Kristal Terapung dan 21 replika bangunan Islam seluruh dunia.

Apabila BN Negeri kalah pada tahun pilihanraya 1999, isu royalti minyak ini mula timbul apabila Petronas menerusi arahan Kerajaan Pusat menyalurkan royalti minyak ini ke dalam Dana Khas atau Wang Ehsan di Perbendaharaan (Treasury) bagi mengelakkan ianya digunakan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS ketika itu. Dalam ucapan bajet 2001, Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa wang ehsan akan disalurkan kepada kerajaan negeri melalui kerajaan pusat. Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri ketika itu iaitu Datuk Mustafa Ali, kerajaan PAS hanya menerima sejumlah RM432 juta dalam bulan Mac 2000. Kerajaan Negeri menurut beliau tidak lagi menerima royalti minyak ini selepas itu.

PAS kemudian memfailkan tuntutan sivil pada tahun 2001 terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat atas fail “The state of Terengganu versus the government of Malaysia and Petronas”. Selepas BN mengambil aih semula kerajaan negeri pada pilihanraya tahun 2004, kes ini tidak pernah dibuang (dropping the lawsuit).

Sejak tahun 2004 kerajaan negeri di bawah BN menerima antara RM1 billion dan RM1.5 billion tunai setiap tahun dan jumlah ini sekitar 90% daripada bajet tahunan negeri. Ketika kerajaan negeri di bawah PAS menerima RM432 juta, harga minyak mintah setong ketika itu ialah sekitar US$25 hingga US$26 setong (per barrel). Tetapi hari ini harga minyak mentah di sekitar US$70 setong.

Diberitakan juga minyak dijangka habis di perairan Terengganu menjelang lima ke sepuluh tahun lagi. Oleh itu menjadi suatu yang amat mendesak bagi kerajaan negeri menerima sebanyak mungkin peruntukan royalti minyak ini bagi terus membangunkan negeri ini.

Ketelusan pengagihan wang ehsan untuk manfaat rakyat Terengganu juga mendapat rungutan dan bantahan oleh banyak pihak dan rakyat Terengganu wajar mengetahui penerimaan pembayaran wang ehsan ini dan kemana ianya telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri selama 10 tahun ini.

Oleh itu JIM Terengganu mendesak agar hak penerimaan royalti ini dikembalikan semula oleh kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mesti telus di dalam pengagihan dan perbelanjaan wang rakyat Terengganu ini! JIM juga menyeru agar rakyat Terengganu dapat turun beramai-ramai ke majlis dialog isu royalti minyak Terengganu bersama YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah anjuran bersama Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) dengan badan-badan gabungan NGO seluruh Terengganu pada 18 Mac 2010 ini di Terengganu Equestrian Resort (TER) di Kuala Terengganu.

Hj Zameran bin Hj Jusoh

Yang DiPertua

JIM Negeri Terengganu

Tel: 012-983 5577

Sebarang maklumbalas, sila hubungi :

Hj Fakhrul Anuar bin Hj Zulkawi

Setiausaha Negeri

JIM Negeri Terengganu

Tel: 019-359 1268

Tarikh : 16 Mac 2010

Filed under: Kenyataan Media

One Response

  1. helmi tranung says:

    Salam,

    sokong ! satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan lagi..kerajaan pusat BN telah buat khianat terhadap rakyat terengganu!

    ayuh rakyat terengganu sekalian! bangkit!

    Jangan tertipu lagi.. mana mungkin negeri terkaya di malaysia mempunyai penduduk miskin antara yang teramai? mana pergi duit tu semua?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: