Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

ISU 4.39 JUTA RAKYAT LAYAK MENGUNDI TETAPI BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH DENGAN SPR

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu Sesi 2009-2011

ISU 4.39 JUTA RAKYAT LAYAK MENGUNDI TETAPI BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH DENGAN SPR

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu amat perihatin dengan jumlah rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pemilih atau pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut satu kenyataan SPR yang dikeluarkan oleh Bernama, kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berumur 21 tahun ke atas dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah Bumiputera. Jumlah ini adalah besar mengambilkira jumlah pengundi terkini seramai 11.08 juta berbanding dengan mereka yang berusia 21 tahun ke atas berjumlah 15.47 juta.

JIM Negeri Terengganu juga mengalu-alukan saranan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Hj Wan Ahmad Wan Omar agar pihak badan-badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan-pertubuhan belia serta mana-mana pihak agar bekerjasama dengan SPR untuk mengadakan kaunter khas SPR di setiap penganjuran majlis yang melibatkan penyertaan yang ramai.

Sehubungan dengan ini juga, JIM Negeri Terengganu menggesa agar :-

1-    SPR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi terus berusaha meningkatkan lagi kesedaran pemilih bermula di peringkat persekolahan menengah dan awal universiti lagi. Di samping itu SPR juga perlu meningkatkan lagi usaha-usaha pendidikan pemilih atau voter’s education bagi memastikan penglibatan rakyat di dalam proses demokrasi terus berkembang.

2-    Rakyat negeri Terengganu yang masih belum mendaftar sebagai pemilih agar segera berbuat demikian demi menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara yang perihatin dengan masa depan negara.

3-    Badan-badan gabungan NGO seperti Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Negeri Terengganu mengambil inisiatif dalam bersama meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat tentang tanggungjawab ini.

JIM Negeri Terengganu juga ingin menyarankan agar :-

1-    Pihak kerajaan mengkaji dan menimbang agar pendaftaran pemilih adalah secara otomatik bagi mereka yang telah mencapai usia kelayakan sebagaimana yang diamalkan di negara-negara demokrasi Barat yang lain. Menerusi kaedah ini, kerajaan juga dapat mengurangkan kos pengurusan SPR dan perbelanjaan boleh dialihkan kepada menjamin proses pemilihan yang adil dan telus.

2-    Pihak kerajaan mengkaji dan menimbang agar had usia kelayakan untuk menjadi pemilih diturunkan daripada umur 21 tahun ke 18 tahun. Dengan cara ini pendaftaran pemilih boleh dilakukan dengan lebih berkesan dan mampu mengurangkan jumlah mereka yang tidak mendaftar dengan sebahagian besar pemilih boleh didaftarkan selepas selesai sesi persekolahan tingkatan lima.

3-    Pihak kerajaan menerusi SPR meningkatkan lagi tahap keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan kredibiliti sistem dan proses pilihanraya di negara ini terutama di dalam menangani isu pengundi hantu, penggunaan dakwat dan persempadanan kawasan.

Hj Zameran bin Hj Jusoh

Yang DiPertua

JIM Negeri Terengganu

Tel: 012-983 5577

Hj Fakhrul Anuar bin Hj Zulkawi

Setiausaha Negeri

JIM Negeri Terengganu

Tel: 019-359 1268

19 Januari 2010

Filed under: Kenyataan Media

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: