Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu Sesi 2009-2011

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN

JIM Negeri Terengganu merasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan pada hari Khamis 31 Disember 2009 membenarkan majalah mingguan Katolik, Herald Weekly, untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya sekaligus menyahkan larangan oleh Kementerian Dalam Negeri sebelum ini. Ianya telah mengundang keresahan umat Islam di negara ini kerana keputusan ini dilihat tidak menghormati Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam, suatu undang-undang yang digubal di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan di sepuluh (10) buah negeri, yang terkandung larangan menggunakan kalimah “Allah” oleh agama lain. JIM Negeri Terengganu menyedari bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan kedamaian dan keharmonian untuk semua namun tindakan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain ini dilihat sebagai satu keputusan terpilih dan tidak sekata pada pihak yang menuntutnya yang boleh dilihat sebagai satu tindak balas dakyah untuk mempengaruhi kumpulan-kumpulan sasar yang tertentu.

Sehubungan dengan itu JIM Negeri Terengganu bersama ini mendesak dan menegaskan agar :

  1. Pihak Majlis Raja-Raja untuk bersidang segera bagi membincangkan kemelut ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik di atas necara keadilan Islam yang sarwajagat.
  2. Pengunaan kalimah Allah ini perlu digunakan dengan tujuan murni untuk mengakui hakikat bahawasanya Pencipta alam ini adalah Allah SWT iaitu mengakui rububiah-Nya Tuhan Yang Esa dan tidak dikaitkan dengan sesuatu yang lain dengan-Nya.
  3. Meningkatkan usaha memahamkan masyarakat Islam yang semakin terhakis akidah dan kepercayaannya akibat dakyah palsu yang dikemukakan oleh musuh-musuh Islam dengan kefahaman Islam yang bersih dan tulin bermula dengan pendidikan di sekolah-sekolah bagi mengelakkan gejala keluar agama atau menafikan Islam sebagai anutan yang komprehensif. Hakikat yang paling utama juga ialah memartabatkan syariat Allah yang membawa kerahmatan kepada seluruh alam. Hakikatnya yang jelas hari ini semakin hari semakin banyak gejala penyimpangan akidah yang berlaku di dalam masyarakat baik di sudut pemikiran yang bersifat sekular, akhlak muda-mudi yang jauh daripada penghayatan akidah Islam yang sebenar serta sistem perundangan yang masih tersasar daripada ruh akidah Islam itu sendiri.
  4. Semua pihak memainkan peranan untuk menyampaikan risalah Islam yang suci dan murni kepada yang bukan atau belum Islam agar penjelasan yang tepat dan benar boleh diterima oleh yang bukan atau belum Islam. Umat bukan Islam bukan sahaja perlu mengenal Allah dalam pengertian yang sebenar tetapi juga ajaran agama Islam yang diturunkan Allah SWT kepada umat manusia ini melalui sumber utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
  5. Mahkamah Syariah perlu dimartabatkan demi menjaga kepentingan umat Islam seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Dalam hal ini kes seumpama ini perlulah dirujuk kepada Mahkamah Syariah selaras dengan klausa 121 (A) Perlembagaan Persekutuan.
  6. Semua umat Islam agar bersatu mempertahankan kesucian akidah Islam yang melanda umat Islam di negara ini disamping bertenang dan berfikir secara rasional serta tidak melakukan perbuatan-perbuatan tindak balas yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Hj Zameran bin Hj Jusoh

Yang DiPertua

JIM Negeri Terengganu

012-9835577

5 Januari 2010 bersamaan 19 Muharam 1431H

Filed under: Kenyataan Media

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: