Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

JIM TERENGGANU MENYOKONG PENUH USAHA PEMUAFAKATAN UMMAH MENERUSI MAJLIS AMAL ISLAMI MALAYSIA (MAIM)

KENYATAAN AKHBAR

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) NEGERI TERENGGANU

JIM TERENGGANU MENYOKONG PENUH USAHA PEMUAFAKATAN UMMAH MENERUSI MAJLIS AMAL ISLAMI MALAYSIA (MAIM)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menyokong penuh usaha pemuafakatan dan gabungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) menerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) di bawah inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur. Muktamar MAIM Peringkat Pantai Timur yang telah berjaya diadakan pada 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharam 1431H di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu membuktikan komitmen badan-badan amal Islam di negeri ini khususnya di dalam mewujudkan kesepakatan dan kesepaduan di dalam komitmen untuk bersama memartabatkan penghayatan dan pengamalan Islam di negeri ini.

Muktamar MAIM yang julung-julung kalinya diadakan ini telah berjaya mengumpulkan lebih 700 orang peserta daripada lebih 22 badan amal Islam di Terengganu termasuk juga penyertaan daripada Kelantan dan Pahang. Kalungan tahniah harus diberikan kepada jawatankuasa pelaksana muktamar yang dinaungi oleh Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Yusuf @ Jusoh bin Muda selaku Pengerusi MAIM Terengganu.

JIM Terengganu beriltizam penuh untuk bersama meningkatkan usaha-usaha memartabatkan Islam selaras dengan tema muktamar iaitu “Bersatu dan Berpadu Kerana Islam”. Ini juga bertepatan dengan permulaan tahun baru hijrah 1431H yang telah disambut di seluruh negara dengan tema “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah”. JIM Terengganu berkeyakinan teguh bahawasanya kejayaan di dalam mendaulatkan Islam di Malaysia hanya akan berjaya apabila wujud barisan ummah yang bersatu padu. Oleh itu usaha-usaha ke arah menyatukan barisan umat Islam hendaklah terus disuburkan dan dimantapkan. Ini sejajar dengan tuntutan al-Quran di dalam surah al-Maidah ayat 2 yang menyeru umat Islam untuk saling tolong menolong di atas jalan kebajikan dan ketakwaan.

JIM Terengganu juga menyokong penuh ucapan perasmian Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dibacakan oleh Dr Abdul Ghani bin Muhammad selaku Pengurus Besar Pentadbiran dan Kewangan YADIM. Beliau menekankan tentang peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) di kalangan umat Islam untuk bergerak aktif memartabatkan Islam di Malaysia. Peranan ini harus juga melangkaui batasan kaum, agama dan politik sejajar dengan konsep Islam yang membawa rahmah kepada sekalian manusia dan alam sejagat. JIM  Terengganu percaya NGO mampu menjadi satu sumber kekuatan yang utuh di dalam menggembling potensi umat ke arah penegakan syariah Islam di negara ini.

JIM Terengganu akan terus menyokong usaha-usaha pemuafakatan ini dan berharap ianya dapat disertai oleh semua NGO Islam di negeri ini demi kesejahteraan umat Islam.

Hj Zameran Jusoh

Yang Dipertua

JIM Negeri Terengganu

012-9835577

Tarikh : 20 Disember 2009 / 3 Muharam 1431H

Filed under: Kenyataan Media

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: