Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita

Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi (FAZ)

Di celah-celah perbincangan kita tentang ISA, rasuah, mesyuarat dan program-program dakwah di sana sini, elok juga kita berhenti sejenak mengingat tentang peringatan rabbani yang banyak disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah tentang musuh manusia paling utama ini. Hakikatnya sebagaimana yang kita pelajari daripada Tafsir Surah an-Nass ialah :

a) manusia perlu berusaha mencari perlindungan rabbani daripada hasutan dan gangguan musuh utama mereka iaitu syaitan;

b) sifat syaitan yang sentiasa menabur hasutan dan keraguan serta godaan kejahatan ke dalam dada manusia;

c) sifat syaitan yang sebenarnya lemah iaitu yang hanya mendampingi manusia bila mereka lupa Allah dan menjauhi manusia bila manusia sentiasa mengingati-Nya;

d) mengenali, berhati-hati serta menjauhi sifat-sifat manusia yang digelar syaitan.

Maksud firman Allah SWT:

1. “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.” (al-Baqarah: 208)

2. “Wahai manusia! Sungguh janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sungguh syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. ” (Faatir: 5-6)

Sentiasalah memohon ampun kepada Allah atas segala kesalahan dan kelalaian kita dan berusahalah kita untuk menjadi manusia yang ditakuti syaitan walaupun kita tidak dipandang tinggi oleh manusia!

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
-pintu marah
– cinta dunia
– kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)
– suka berangan angan kosong
– tamak
– bakhil
– suka pada pujian
– riak atau sombong
– ujub (merasa kagum)/takbur
– takut dan gelisah
– buruk sangka
– memandang rendah pada orang lain
– suka akan dosa
– merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
– putus asa daripada rahmat “ALLAH”

15 Senjata Menghalang Syaitan
– Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
– Banyakkan berzikir
– Banyakan Beristigfar
– Baca “la i’laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin”
– Jangan tidur berseorangan
– Baca doa pagi dan petang
– Bersugi
– Melaksanakan solat jemaah
– Berwudhuk sebelum tidur
– menutup aurat
– Membaca doa masuk tandas.
– Banyak berselawat pada hati
– Bertaubat, beristighfar
– Banyakan baca Al-Quran
– Membaca surah Yassin setiap pagi

*Fakhrul Anuar bin Zulkawi (FAZ) adalah Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah-Pembangunan Sumber Manusia JIM Negeri Terengganu 2007-2009

Filed under: Minda Pimpinan, Tafsir Quran, TPSM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: