Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Catatan Tarbiah – Dakwah Kepada Belum Islam

Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi (FAZ)

Ingin berkongsi satu tazkirah atau kuliah yang menyentuh ayat ke-7 surah al-Baqarah yang disampaikan oleh Imam Masjid seusai solat subuh di Masjid Paka, Dungun, Terengganu sebelum ini.

Ringkas tapi ternyata padat dan sarat dengan mesej dakwah.

Ayat yang bermaksud :

“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka (sehingga nasihat atau hidayah tersebut tidak bisa masuk ke dalam hati mereka), penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.”

Ayat yang biasa kita baca dan hafal ini boleh dilihat disudut dakwah khususnya dakwah kepada bukan Islam. Sebagai seorang muslim yang membaca ayat ini, kita perlulah merenung diri kita sejauhmana kita telah menyampaikan dakwah Islam kepada mereka yang belum Islam. Malah realiti umat Islam di negara kita sendiri menyebabkan penampilan Islam yang keliru diterima oleh orang yang bukan Islam.

Lihatlah usaha Nabi s.a.w. dan para sahabat yang telah menyeru orang-orang kafir musyrikin Makkah untuk menerima Islam. Mereka yang seperti Abu Talib, Abu Lahab dan Abu Jahal, sampai ke akhir hayat mereka tidak juga menerima Islam. Namun risalah Islam tidak jemu-jemu dan takut untuk disampaikan baginda dan para sahabat. Malah ada yang akhirnya mendapat hidayah Islam selepas bertahun-tahun menerima dakwah Nabi s.a.w. malah menjadi penentang kuat kepada dakwah sebelumnya iaitu sepasang suami isteri Abu Sufyan dan Hindun. Mereka menyahut seruan Islam setelah Fathul Makkah!

Bagaimana dengan kita? Sudahkah kita sampaikan Islam kepada mereka yang belum Islam yang berjiran dengan kita? Yang sama tempat kerja atau belajar? Yang kita bermuamalah dengan mereka sebagai warga peniaga dan sebagainya? Mungkin kita sudah sampaikan, tapi adakah konsisten dakwah kita kepada mereka? Adakah cukup sekadar menampilkan akhlak yang mulia tanpa menyampaikan dari mulut sekelumit nasihat untuk kembali kepada Islam kepada mereka secara sabar dan berterusan?

Adakah hanya menunggu untuk mendapat manfaat sokongan undi semata-mata ketika pilihanraya hampir menjelang atau kempen pilihanraya hebat berjalan? Ketika itu, seluruh pelusuh rumah dan kawasan kediaman dan lokasi mereka kita berkempen. Kempen untuk bantu calon dan parti kita. Bila selesai pilihanraya, kita kembali ke zon selesa masing-masing. Mereka yang belum Islam masih dipinggir oleh kita. Beratnya mulut dan langkah kita.

Imam masjid turut menceritakan satu kisah buat iktibar buat kita. Tentang kisah kenalan beliau di Kemaman. Beliau menceritakan seorang kenalan beliau yang aktif mengajak jiran-jiran beliau (termasuk ahli keluarga) untuk solat di masjid. Datang ke setiap rumah jiran, ajak ke masjid setiap solat waktu. Sampaikan jiran-jiran yang masih liat jadi lali namun bukan benci menerima kunjungan tak kunjung padam oleh jiran mereka ni untuk ajak mereka ke masjid. Sampai saat kematian kenalan beliau ni, Imam sendiri yang mengajar beliau mengucap syahadah dan rakan beliau ini dengan mudah bersyahadah dengan baik sehingga menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Jumaat jam 9 pagi. Urusan jenazah beliau dipermudahkan dan sempat disolatkan oleh ribuah kariah masjid Geliga seusai solat jumaat dan dikebumikan selepas itu. Cantiknya pengakhiran hidup pendakwah ni pada zahir mata kita. Moga inilah khusnul khatimah seumpama inilah yang kita idamkan. Apatah lagi niat kita agar mati syahid di jalan dakwah jadi kenyataan.

Moga perkongsian ringkas kuliah yang didengar di masjid tadi beri manfaat. Nabi s.a.w. ingatkan kita di hujung khutbah haji wida beliau yang terakhir di padang Arafah :

“Hendaklah yang hadir menyampaikannya kepada yang tidak hadir. Kerana yang tidak hadir mungkin lebih memahaminya bila mendengarnya.” (auqo maqol)

Ya Allah, mudahkanlah kami dan bantulah kami di dalam menyampaikan risalah-Mu. Gerakkanlah hati kami dan sahabat-sahabat kami untuk bersama menyahut seruan-Mu. Moga kasih dan sayang kita yang ikhlas kepada saudara kita menjadikan kita dikasihi Allah dan manusia walaupun kita mungkin dibenci saat ini.

Allahu Akbar WalilLahil Hamd.

*Fakhrul Anuar bin Zulkawi (FAZ) adalah Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah-Pembangunan Sumber Manusia JIM Negeri Terengganu.

Filed under: Dakwah Belum Islam, Minda Pimpinan, TPSM

One Response

  1. ummu mujahid says:

    promo sikit Seminar Dakwah Masyarakt Majmuk…

    JEMPUTAN KE SEMINAR DAKWAH MASYARAKAT MAJMUK

    Tarikh: 1-2 Ogos 2009.
    Tempat: SK 2, USM.
    Yuran: RM 5 untuk pelajar / RM 10.00 lain-lain
    Tarikh tutup 30 Julai 2009.
    penyertaan:

    Aturcara Seminar Dakwah pada 01 Ogos dan 02 Ogos 2009.
    1 Ogos 2009

    08:30 – 09:00 Pendaftaran
    09:00 – 09:10 Bacaan Quran
    09:10 – 09:30 Ucapan Pengarah Dan Perasmian
    09:30 – 10:15 Sesi 1: Liku-liku pengalaman saudara baru – Joannes
    10:15 – 10:45 Kudapan
    10:45 – 11:30 Sesi 2: Bencana meninggalkan dakwah – Kamarul zaman
    11:30 – 12:15 Sesi 3: Tangan-tangan mengubah dunia – Syaikh Abdullah
    12:15 – 01:00 Sesi 4: Slaid renungan…
    01:00 – 02:15 Solat, Makan tengahari.
    02:15 – 02:45 Sesi 5: Selingan …..Kisah benar. – Kamarul zaman.
    02:45 – 03:30 Sesi 6: Komunikasi berkesan dalam dakwah. – Joannes.
    03:30 – 04:15 Sesi 7: Cabaran permasalahan saudara baru – Kamarul zaman
    04:15 – 05:00 Sesi 8: Cara dakwah kotemporari – Nadir.
    05:00 Minum petang dan bersurai

    SLOT KHAS
    09.15 – 11.00 mlm Ceramah umum: “Mengapa ISLAM pilihanku?” Johannes

    *********KEMASUKAN PERCUMA, SEMUA DIJEMPUT HADIR******* ***

    2 Ogos 2009

    09:30 – 09:45 Sesi 9: Persiapan seorang da’i. – Kamarul zaman.
    09:45 – 10:15 Kudapan
    10:15 – 11:00 Sesi 10: Menelurusi perjuangan Ahmad Deedat – Kamaruddin
    11:00 – 11:45 Sesi 11: Soalan lazim – Joannes
    11:45 – 12:45 Sesi 12: Soal-jawab
    12:45 – 01:00 Penutup dan bersurai.

    Wassalam,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: