Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Peristiwa Urumqi Jejaskan Imej China

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Rabu 15 Julai 2009

Peristiwa Urumqi Jejaskan Imej China

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) amat sedih dengan kematian yang banyak di Urumqi dan beberapa pekan lain di Turkistan Timur (Xinjiang Uighur Autonomous Region). Hakikat kejadian pembunuhan di sebuah kilang di Shaogun, wilayah Guangdong,  mencetuskan pertumpahan darah di Urumqi, menggaris bawahkan penderitaan yang dialami oleh Turkistan Timur yang telah lama dijajah.

Peristiwa ini adalah reaksi spontan satu kaum yang telah lama dinafikan kebebasan dan terus tertindas hingga tiada harapan jalan keluar. Polisi regim Komunis yang berterusan  mengamalkan transmigrasi, assimilisasi dan “penchinaan” (transmigration, assimilation and “sinification”) tanah jajahannya menjadi punca utama keresahan di Turkistan Timur serta wilayah lain seperti Tibet. Identiti ugama dan budaya masyarakat Uighur mahu dihapuskan oleh regim Komunis China. Diskriminasi kaum juga berleluasa. Umat Islam  dilarang mengerjakan solat Jumaat atau melaksanakan ibadah haji.

China yang menyediakan dirinya untuk menjadi kuasa besar dunia dari segi ekonomi dan politik seharusnya mempamerkan teladan kepemimpinan yang baik di dalam mempertahankan hak asasi manusia dan keadilan sejagat. Pendirian yang kerap ditunjukkan sebagai memihak kepada golongan yang tertindas di pentas dunia, hanya bermakna jika tidak menindas masyarakat minoriti di dalam negerinya. Dunia memerhatikan gelagat China dan peristiwa Urumqi merupakan satu lagi titik hitam kepada kewibawaannya.

JIM bersetuju dengan pendirian kerajaan Turki. Kami juga mengalu-alukan usaha kerajaan Turki mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk membincangkan kekejaman yang berlaku di Urumqi.

Kebisuan masyarakat antarabangsa memekakkan. Jaguh-jaguh keadilan dan hak asasi terhenti berkokok, rupanya tergamam di hadapan gergasi ekonomi ini.

JIM menyeru kerajaan China supaya:

1.     Menangani punca sebenar di sebalik sejarah pergolakan yang berterusan oleh masyarakat Uighur, termasuk pencabulan hak asasi manusia secara sistematik dan berterusan terhadap mereka, penahanan sewenang-wenang dan pemenjaraan,

2.     Memenuhi kewajipan antarabangsanya dengan menghentikan penahanan arbitrari dan penganiayaan terhadap orang tahanan,

3.     Mematuhi segala piawaian antarabangsa mengenai keadilan dan pembuktian dalam penuduhan di mahkamah terhadap masyarakat minoriti Uighur,

4.     Berhenti menggunakan kejadian terbaru ini sebagai satu alasan untuk terus menindas dan mendiskriminasi masyarakat Uighur dan

5.     Menghormati dan memberikan sepenuhnya kebebasan beragama dan pengamalan budaya masyarakat Uighur dan masyarakat minoriti yang lain di China.

JIM menyeru kerajaan Malaysia menyatakan keprihatinannya terhadap peristiwa Urumqi serta nasib masyarakat minoriti yang tertindas di China..

Zaid Kamaruddin

Presiden

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Filed under: Antarabangsa, Kenyataan Media

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: