Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Politik Adalah Sebahagian daripada Tarbiah – 2

Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi (FAZ)

Di dalam risalah asy-Syahid Imam Hasan al-Banna yang lain iaitu Risalah Da’watuna dari Majmu’atu ar-Rasaa-il, beliau menjawab kritikan terhadap al-Ikhwan al-Muslimun (IM) yang bersifat organisasi yang berkempen politik.Al-Banna mengatakan : “Wahai kaum kami, sesungguhnya kami menyeru kalian kepada al-Quran yang ada di tangan kanan kita dan as-Sunnah di tangan kiri kita. Kami menyeru kepada akhlak (perilaku) salafussalih dari generasi umat yang menjadi teladan kami. Kamu menyeru kalian kepada Islam dan nilai-nilai Islam serta hukum Islam. Jika ini kalian anggap sebagai politik, maka itulah politik kami. Jika yang diserukan untuk kalian adalah kepada prinsip itu disebut politik, maka kamilah orang yang – alhamdulillah – paling politik. Jika kalian menamakan itu adalah politik, maka katakanlah apa yang kalian kehendaki. Label dan sebutan itu tidak akan membahayakan kami, jika label itu sudah terlihat jelas dan terungkap tujuannya.”

Salah satu aspek penting yang diperhatikan oleh HAB adalah aspek politik. Yang dimaksudkan dengan aspek ini adalah sesuatu yang terkait dengan urusan pemerintahan, sistem negara, hubungan di antara pemerintah dan rakyat, hubungan antara negara Islam dan bukan Islam, sikap terhadap penjajah yang menakluki tanah air, sikap terhadap parti-parti politik, pandangan terhadap hukum dan undang-undang, syura dan demokrasi serta berbagai permasalahan lainnya. Inilah kefahaman syumuliyatul Islam yang diketengahkan oleh HAB ketika umat Islam keliru berhadapan dengan serangan pemikiran (ghazwul-fikri) yang cukup hebat. Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah, ayat 49 yang bermaksud :

Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu, jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah).”

Di antara teras utama yang menjadi dasar pendidikan politik HAB yang sebahagiannya adalah merupakan pandangan dan ijtihad beliau ialah :

1- memadukan antara Islam dan siasah (agama dan negara).

2- membangkitkan kesedaran akan kewajiban membebaskan tanahair Islam (tahrirrul watan al-islami).

3- membangkitkan kesedaran akan kewajiban mendirikan pemerintahan islami (iqomatul hukmul islami)

4- membangunkan keberadaan/kewujudan ummat Islam (iqomatul ummah al-muslimah)

5- membangunkan kesatuan ummat Islam (al-wehdatul islamiah).

6- menyambut sistem undang-undang berperlembagaan dan parlimen.

7- mengkritik sistem kepartaian dan pelbagai parti.

8- melindungi kaum minoriti dan orang asing.

Tarbiah siyasiyah (pendidikan politik) HAB adalah tarbiah yang seimbang dan komprehensif, positif dan secara sedar, dibangun atas kefahaman, di atas kerja yang nyata bukan omongan kosong, membangun bukan menghancurkan, di atas kebenaran bukan hawa nafsu, di atas pengorbanan dan mengekang diri dari harta kekayaan dan menuruti syahwat sehingga tarbiah yang positif ini memberikan buah dan hasilnya kepada jiwa dan kehidupan.

Harus diingat bahawa kita harus menilai pandangan-pandangan HAB dengan penilaian yang adil. Kita seharusnya juga meletakkannya dalam bingkai dan konteks masa, lingkungan dan situasinya. Beliau juga seorang pemuda di dalam beberapa penulisannya, ketika beliau sedang berada pada gejolak jiwa muda yang sangat bersemangat membela kebenaran, menentang kebatilan dan mudah terbakar dalam konfrontasi.

Namun, buah tarbiah ini melahirkan jiwa yang berani, tidak mudah putus asa dan berjiwa pesimis dan berusaha dengan wawasan yang besar dengan kemahuan yang tinggi untuk mengembalikan dunia di bawah naungan syariat dan mengembalikan Islam sebagai guru kepada alam (ustaziyyatul ‘alam).

Mulakan dari sekarang tanpa tangguh-tangguh atau berbelah bahagi lagi. Fahami, hayati dan laksanakan rancangan jamaah di dalam setiap teras dan key result areas dengan bersungguh-sungguh sehingga kita mencapai kemenangan, inshaAllah.

*Fakhrul Anuar bin Zulkawi (FAZ) adalah Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah-Pembangunan Sumber Manusia JIM Negeri Terengganu.

Filed under: Minda Pimpinan, Politik, TPSM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: