Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Pengislahan Remaja di Zaman Serba Mencabar

Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi (FAZ)

Menarik untuk kita sama-sama membantu umat yang menghadapi 1001 macam permasalahan akhir zaman yang paling mencabar. Dimensi jahiliah yang rencam atau kompleks yang disebut “dzulumat” di dalam al-Quran. Untuk dilakukan perubahan oleh generasi penyelamat kepada satu penyelesaian yang hakiki iaitu Islam yang disebut “an-nuur“.Pengislahan remaja ke arah “an-nuur” melibatkan penguasaan dan pengoperasian fikrah berikut :

(1) Aspek PREVENTIVE – Pencegahan

Mencegah lebih baik daripada merawat. Para doktor amat arif tentang hal ini. Sebab itu al-Quran sebut tentang aspek “la taqrabuzzina” iaitu jangan kamu dekati zina. Aspek ini memerlukan ketegasan mereka yang ada otoriti. Sebab itu kepimpinan yang berotoriti yang mampu membawa mesej Islam amat kritikal. Syariat Allah mesti didaulatkan di Malaysia. Undang-undang juga bersifat pencegahan. Ancaman keras sebagaimana diawali di dalam Surah An-Nuur supaya tidak melakukan zina dengan hukuman 100 sebatan bagi yang belum berkahwin dan rejaman batu bagi yang sudah berkahwin. Umat bukan sekadar tidak hayati perintah Allah, malah lalai dan jahil tentang peranan, tanggungjawab dan hakikat keislaman. Namun hukum Allah sudah tiada dalam jurisdiction mahkamah syariah hari ini. Apalagi semuanya dirujuk kepada mahkamah sivil hukuman ciptaan manusia. Manusia hanya akan menerima perubahan yang berkekalan dengan sistem nilai yang berteraskan aqidah yang sejahtera. Asas inilah yang diajar oleh Nabi kita agar manusia kenal bahawa mereka adalah hamba Allah dan khalifah Allah di muka bumi ini.

(2) Aspek PRESCRIPTIVE – Rawatan

Namun apabila terkena penyakit, maka hendaklah dirawat. Jangan dibiarkan melarat. Kalau perlu kuarantin macam H1N1, kenalah dibuat. Rawatan mengambil masa. Kadang-kadang nak mendapat ubat yang sesuai dan serasipun susah. Begitu juga dengan penyakit sosial. Kita perlu usaha macam-macam. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Dakwah mesti terus bergerak. Jangan pula para daie lalai dengan hanya jaga keluarga sendiri sahaja tanpa keluar menyibukkan diri dengan masyarakat. Sebab kelalaian keluarga orang lain boleh mempengaruhi keluarga kita juga. Bina pusat perlindungan wanita. Yakinkan masyarakat tentang Raudathus-Sakinah. Rawat remaja yang tersasar dengan pakej KBM atau apa jua cara yang kreatif dan inovatif bagi mengetuk pintu hati remaja yang lalai. Masih belum terlambat. Kita ajak dan ramaikan rakan kongsi di luar sana yang sama-sama perihatin tentang isu remaja. Jangan jadi eksklusif. Be inclusive.

(3) Aspek DEVELOPMENTAL – Pembangunan
Tak cukup dengan pencegahan dan rawatan sahaja. Remaja perlu dibangunkan potensi mereka. Remaja yang soleh perlu dibangun menjadi musleh agar mereka mampu jadi agen perubah rakan sebaya yang efektif. Remaja perlu dibangunkan agar mencontohi uswah generasi salafus-soleh, bukan penyanyi seperti Mike Jackson atau seumpamanya. Remaja perlu dibangun agar mereka menjadikan jihad dan mati syahid sebagai idaman mereka. Remaja perlu dibangunkan agar mereka mampu menjadi perintis dan pencipta untuk umat dan dunia, bukan sekadar penonton dan pengguna. Inilah asas tarbiah. Tarbiah memindahkan remaja ke suatu tingkat atau kualiti diri yang lebih baik.

Kerja-kerja kita terlalu banyak berbanding masa yang kita ada. Namun, mulakan dengan yang sedikit tetapi berterusan. Sekolah-sekolah Islam tempat kita mendidik generasi remaja walaupun dua-tiga kerat sahaja buat masa ni tetapi kena istiqomah. Kerja-kerja mengumpul remaja menerusi KBM, ceramah-ceramah motivasi ABJZ, kuliah-kuliah, sukan, ekspedisi dan seumpamanya perlu seiring dengan kerja-kerja mentarbiah dan mengumpul mereka di dalam program-program mingguan yang berkala. Memang susah. Memang payah. Banyak ambil masa, tenaga dan wang ringgit. But as da’ie, we have got no other choice!

Dzulumat atau jahiliah memang kompleks. Memang menakutkan dan menggelisahkan. Tetapi hati para daie yang ikhlas dan amilin perlu sentiasa tenang, berfikir, merencana secara jamaie dan terus bekerja keras sehingga kita menemui Allah SWT.

*Fakhrul Anuar bin Zulkawi (FAZ) adalah Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah-Pembangunan Sumber Manusia JIM Negeri Terengganu. Beliau juga merupakan bekas Pengarah Kelab Remaja JIM Terengganu 2005-2007

Filed under: Krisis akhlak, Minda Pimpinan, remaja, TPSM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: