Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Politik Adalah Sebahagian Daripada Tarbiah

Oleh : Fakhrul Anuar bin Zulkawi (FAZ)

Antara pelajaran yang kita dapat ambil daripada khazanah peninggalan Imam asy-Syahid Hasan al-Banna r.h. ialah kepentingan tarbiah di dalam dimensi perubahan umat dan kepemimpinan. Hasan al-Banna (HAB) memiliki pelbagai susuk potensi dan kemampuan – beliau bukan sahaja seorang ulama’ dan daie, malah juga seorang reformis, pembaharu, pemimpin sekaligus murabbi dan pendidik. Beliau seorang murabbi dalam hal potensi diri secara teori dan praktik. Beliau memiliki berbagai sarana yang diperlukan oleh seorang murabbi yang berjaya. Kefasihan dan kejelasan pandangan, hati yang lapang, fikiran yang terbuka, lisan yang fasih, wajah yang bercahaya, firasat yang tajam dan unik serta memiliki ilmu yang luas dan keahlian bermuamalah dengan masyarakat.

Menurut kajian al-Qaradawi (2007) tentang pemikiran politik HAB, tarbiah dalam pandangan HAB memiliki dua ciri khusus iaitu yang pertama, at-takaamul (saling menyempurnakan) dan at-tawaazun (keseimbangan).

Erti at-takaamul adalah tarbiah yang dilakukan haruslah komprehensif, menyeluruh, tanpa meninggalkan satu bahagian dengan bahagian yang lain. Tarbiah harus dilakukan dengan memperhatikan aspek ruhani dan jasad, akal dan perasaan, jiwa dan hati, seluruhnya bekerja dalam membentuk keperibadian Islam secara sempurna. Ruhani dilatih dengan ubudiyah, tubuh dibina melalui olahraga, akal diasah dengan wawasan ilmu, akhlak dihiasi dengan keutamaan, ruang sosial diisi dengan keterlibatan dalam berkhidmat pada masyarakat, aspek politik ditunaikan dengan memberi kesedaran dalam ragam permasalahan negara dan umat Islam. Demikianlah tarbiah tidak boleh mengabaikan salah satu aspek nilai Islam.

Sedangkan makna at-tawaazun adalah tarbiah memberikan semua sisi ajaran Islam haknya, tanpa ada dikurangi. Tidak ada satu sisi yang mengalahkan sisi yang lain. Tidak boleh tumpang tindih sehingga ada hak yang tidak dipenuhi. Malah boleh dikatakan kepada orang yang melampui batas : “Berhentilah kamu pada batas itu. Berpegang teguhlah kamu pada jalanmu yang lurus”.

(boleh rujuk dengan lebih terperinci aspek at-takaamul dan at-tawaazun di dalam kitab al-Qaradawi, al-Khasaa-ish al-ammah fil Islam atau seperti yang dinukil semula oleh Ustaz Alias Othman di dalam buku Ciri-ciri Khusus Islam)

Bukan hal yang asing bila yang paling penting dari ragam bentuk tarbiah yang ditekankan oleh HAB ialah tarbiyah siyasiyah atau pendidikan politik. Aspek yang banyak diabaikan di kalangan agamawan dan organisasi pada saat al-Banna hidup di Mesir ketika itu.

Di dalam risalah beliau yang berpengaruh iaitu “Bainal Ams Wal Yaum” dari Majmuah al-Rasaail yang dialihbahasa Antara Semalam Dan Hari Ini, beliau menukilkan :

“Jika kalian ditanya, kemana kalian menyeru? Katakanlah : Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Rasulullah Muhammad s.a.w. Dan pemerintahan adalah sebahagian daripadanya. Serta kemerdekaan adalah di antara kewajibannya.” Jika ditanya kepada kalian : Ini adalah politik!” Maka katakanlah : “Ini adalah Islam. Kami tidak mengenal pembahagian seperti itu.”

Bersambung..

*Fakhrul Anuar bin Zulkawi (FAZ) adalah Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah-Pembangunan Sumber Manusia JIM Negeri Terengganu.

Filed under: Minda Pimpinan, Politik, TPSM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: