MALAM AMAL SRIAAKT KE-2, adalah rentetan usaha berterusan untuk mengumpulkan dana bagi membina bangunan kekal SRIAAKT. Setakat ini, alhamdulillah, pembangunan telah selesai hampir 80% dan kini memasuki fasa akhir. Namun begitu bebanan pembayaran masih besar iaitu hampir lebih RM500,000 lagi yang perlu dicari.
SRIAAKT mengadakan malam amal pertama pada 16 Mei 2008, dengan menjemput kumpulan nasyid In-Team untuk menyerikan majlis. Majlis yang diadakan di Hotel Primula Kuala Terengganu itu berjaya menjual 56 meja (RM56,000) dan sumbangan lebih kurang 10 ribu ringgit.
Insya Allah , Malam Amal ke 2 ini akan menampilkan kumpulan nasyid yang tidak asing lagi bagi pencinta nasyid tanahair iaitu Kumpulan Hijjaz. Matlamat kami dari majlis ini untuk mengumpul dana bagi menyempurnakan pembangunan sekolah dan pembayaran kontraktor binaan sekolah. Insya Allah, kami mensasarkan untuk menjual sebanyak 80 buah meja.
Info mengenai Malam Amal SRIAA Kuala Terengganu kali ke-2 adalah seperti berikut ;-
Kepada para dermawan baik individu atau syarikat syarikat korporat, silalah menyumbang untuk menjayakan majlis ini. Jika berminat, sila hubungi Sekolah di talian 09-666 2061 (Tel/Fax) atau saya sendiri. Semoga Allah merahmati anda semua.
Sekian, dimaklumkan
Hj Munawwar bin Mohamad
Guru Besar SRIAA Kuala Terengganu
013-9273557
Info SRIAA Kuala Terengganu
Nama: Sek. Ren. Islam Al-Amin Kuala Terengganu
Ringkasan: SRIAAKT
Alamat:
Taman Darul Hikmah, Kg Bukit Durian, Padang Air, 21060, Kuala Terengganu
Visi: Menjadi sekolah swasta terunggul di negara ini
Misi: Membentuk Generasi Bertaqwa
Moto: Ke Arah Membentuk Generasi Uswah Hasanah
Kurikulum: KBSR (KPM ) dan SPPM (Musleh)
Peperiksaan: USPR (Tahun 6) dan SPPM (tahun 6)
Bilangan pelajar terkini: 153 orang
Bilangan guru terkini: 11 Orang
Bilangan staff terkini: 3 orang
Sebarang pertanyaan , sila hubungi
Tel/ Fax : 09-6662061
Hp pejabat: 0148275773
Hp Mudir : 0139273557 (Hj Munawwar)
sriaakt02@yahoo.com, sriaakt@streamyx.com
sriaakt08@yahoogroups.com
lihat perkembangan dalam
http://jimkt.blogspot.com/
Filed under: Sekolah Al Amin