Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

Selamat Hari Guru Untuk SEMUA!!

Selamat Hari Guru !

Sambutan hari guru adalah satu sambutan yang sinonim dengan JIM Terengganu kerana keunikannya yang memiliki 4 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang sepenuhnya diuruskan oleh JIM Terengganu.

Oleh itu, SRI dan SMI telah merancang sambutan hari guru di peringkat sekolah seperti berikut :

– SRIAA Dungun pada 16 Mei 2009
– SRIAA Kerteh pada 17 Mei 2009
– SRIAA Chukai dan SMIAA Kemaman pada 17 Mei 2009
– SRIAA Kuala Terengganu pada 18 Mei 2009

Bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, sambutan hari guru pada tahun ini amat bermakna kepada semua warga Al Amin di Terengganu yang menghadapi pelbagai cabaran dalam mendidik anak bangsa, menguruskan dan membangunkan sekolah sejak tahun 1994 lagi. Berdiri teguhnya bangunan sekolah di 3 daerah di Terengganu membuktikan sokongan padu masyarakat setempat kepada sistem pendidikan yang diterajui JIM.

Perkembangan terkini pembangunan SRIAA semakin rancak dengan pertambahan bilangan bangunan dan infrastruktur di SRIAA Kuala Terengganu dan SRIAA Dungun. Kerja kerja pembinaan kini sedang rancak berjalan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2010 untuk memenuhi keperluan dan permintaan untuk sesi 2010.

Akhir kata, selamat menyambut hari guru kepada semua guru guru yang berada di seluruh Malaysia! Sebenarnya semua manusia dilahirkan sebagai GURU, biarpun selama ini tiada orang memanggilnya sebagai cikgu..SELAMAT HARI GURU untuk semua.

Filed under: Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • BAKIM 26/01/2016
    BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (S […]
  • Lorem ipsum dolor sit amet 31/03/2015
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi lorem elit, lobortis sit amet leo sit amet, molestie condimentum nunc. Sed et metus felis. Sed tristique quam eget purus eleifend vulputate. Duis fermentum massa a tempus molestie.
%d bloggers like this: