Laman JIM Terengganu

Bersama Islam Membina Masyarakat di Terengganu

MPWN dan MPN JIM Terengganu 2011 selesai.

Dungun, 13 Nov : Mesyuarat Perwakilan Negeri JIM Terengganu telah berlangsung dengan penuh suasana muhasabah dan ukhuwah pada 12 November 2011 bertempat di dewan utama SRI Al Amin Dungun.

Mesyuarat Perwakilan Wanita JIM terlebih dahulu mengambil tempat dengan bermesyuarat bermula pada pagi tersebut dan diikuti oleh Mesyuarat Perwakilan Negeri JIM pada sebelah petangnya.

Mesyuarat dimulakan dengan alunan bacaan ayat ayat suci Al Quran yang dibacakan oleh Ustaz Muzahar Hitam dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh YDP JIM Terengganu, Hj Zameran Jusoh. Seterusnya MPN dimulakan dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap, Hj Abd Aziz bin Abdullah.

Hj Zameran mengingatkan perwakilan tentang perkara perkara asas dalam dakwah dan tarbiah JIM yang seharusnya sudah difahami dengan jelas. YDP juga mengajak perwakilan merenung semula segala usaha yang telah dilakukan dalam JIM Terengganu, adakah ia memberi kesan yang baik kepada masyarakat atau sebaliknya.  YDP juga mengajak semua perwakilan untuk terus memacu dakwah dan tarbiah terus ke hadapan dengan memberi sokongan yang tidak ragu ragu kepada IKRAM.

Mesyuarat berakhir sekitar jam 6.15 petang.

 

Bersama Islam Membina Masyarakat

Filed under: Mesyuarat Agung, Sekolah Al Amin

SRI Al Amin KT ditutup kerana banjir.

Isnin, 10 Januari 2011, Kuala Terengganu

Semalam (Ahad, 9 Januari), SRI Al Amin Kuala Terengganu (SRIAAKT) terpaksa ditutup kerana jalan masuk ke sekolah ditenggelami air sedalam hampir setengah meter. Guru besar SRIAAKT, Ust Hj Munawwar Mohamad mengistiharkan hari Ahad sebagai hari cuti.

Hari ini, SRIAAKT dibuka semula memandangkan air sudah surut berbanding semalam. Guru guru seawal 6.50 pagi sudah berada di jalan masuk ke SRIAAKT untuk mengangkut pelajar dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda dan MPV.

Walaubagaimanapun, cuaca pagi ini masih lagi mendung dan dibimbangi sekiranya hujan lebat berterusan, SRIAAKT terpaksa ditutup.

“Pihak sekolah masih risau kerana awan masih mendung dan gerimis siang berlarutan. Jika hujan lebat, pihak sekolah akan menilai keadaan, dibimbangi air naik lagi” Ust Hj Munawwar.

Filed under: Artikel, bencana

KRJ Terengganu jayakan Program Pembangunan Minda Insan untuk belia KETENGAH

Pada 14 hingga 16 Disember baru baru ini, Kelab Remaja JIM Terengganu telah diamanahkan untuk mengendalikan Program Pembangunan Minda Insan untuk belia dan beliawanis yang tinggal di sekitar Hulu Dungun. Program ini dianjurkan oleh KETENGAH dengan kerjasama Kolej KETENGAH dan Kelab Remaja JIM Terengganu. Program diadakan di De Rhu Resort, Kuantan.

Program selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk memberi input dan motivasi kepada peserta mengenai tujuan hidup di dunia ini. Turut hadir sama mengendalikan program ini ialah Pengerusi Tarbiyah JIM Terengganu, Akhi Muzahar bin Hitam. Barisan fasilitator dan pengendali adalah bekas pimpinan Kelab Remaja JIM Terengganu dan ahli Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Terengganu (PEMIKIR).

KRJ Terengganu melaksanakan modul Keindahan Bersama Mu (KBM) yang membawa peserta menghayati indahnya hidup ini apabila kita dekat dengan Allah, indahnya hidup ini jika kita benar benar sayang kepada Rasulullah s.a.w, indahnya bersama para sahabat dan indahnya hidup dengan ibu dan bapa.

Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Hj Fakaruddin bin Ahmad, Pengurus Bahagian Pembasmian Kemiskinan KETENGAH. Ustaz Muzahar Hitam berucap mewakili JIM.

Semoga semua peserta mampu menghayati segala apa yang telah dicurahkan dan KRJ Terengganu mendoakan agar semua peserta akan terus istiqamah dalam perubahan perubahan positif yang telah mereka janjikan.

Untuk lihat gambar, boleh klik sini

Sekian, wassalam

Dilaporkan oleh Kelab Remaja JIM Terengganu

Filed under: KBM, remaja

Kenyataan Media : Tingkatkan Pengorbanan

11 Zulhijjah 1431 H / 18 November 2010

 

Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menyeru rakyat di negeri ini untuk menghayati pengertian erti pengorbanan sempena sambutan Eiduladha 1431H yang disambut oleh seluruh umat Islam pada 17 Oktober 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H.

 

Erti pengorbanan ini telah ditunjukkan oleh Allah SWT sebagaimana yang terakam di dalam al-Quran dan as-Sunnah menerusi sirah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. melaksanakan perintah Allah SWT dan juga sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi contoh ikutan terbaik umat Islam. Perjuangan nabi s.a.w. menegakkan syariat Allah SWT yang menjadi agenda besar perubahan umat hendaklah diteladani oleh umat Islam hari ini dan ini hendaklah seiring dengan pengorbanan yang perlu dijayakan oleh umat Islam.

 

Perjuangan menegakkan hukum Allah SWT perlu kepada premis kesatuan ummah yang utuh di negara ini. Perpecahan di kalangan umat Islam hendaklah diperbaiki segera demi memenangkan agenda besar perubahan Islam yang perlu dijayakan. Maslahah hari ini ialah untuk memenangkan agenda Islam melebihi kepentingan parti dan kaum yang sempit. Usaha-usaha penerangan dan dakwah kepada umat Islam hendaklah diperhebatkan apalagi umat hari ini berhadapan pelbagai cabaran akidah serta sosial serta ekonomi umat. Begitu juga umat bukan Islam di negara ini hendaklah diberikan penerangan yang adil dan jelas tentang agama ini bagi mengelakkan salah faham terhadap agama ini.

 

IKRAM Terengganu dan JIM Terengganu dengan itu menyeru agar umat Islam di negeri ini terus memberikan dokongan yang padu terhadap perjuangan menegakkan Islam di negeri ini dan negara amnya. Bagi yang menunaikan fardu haji tahun ini, marilah sama-sama kita mendoakan agar mereka mendapat haji yang mabrur inshaAllah.

 

Ustaz Hj Muhammad Lokman bin Dato’ Awang

YDP IKRAM Terengganu

 

Hj Zameran bin Jusoh

YDP JIM Terengganu

 

Filed under: Ikram, Kenyataan Media

BANTAH PELAN ETP UNTUK HAB HIBURAN MALAM

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI TERENGGANU

DAN

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) NEGERI TERENGGANU

BANTAH PELAN ETP UNTUK HAB HIBURAN MALAM

11 November 2010 / 4 Zulhijjah 1431H

Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu (IKRAM Terengganu) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu (JIM Terengganu) kesal dengan kenyataan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Rahin Mohd Said yang dipetik di akhbar Sinar Harian pada 6 November 2010 yang mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam ke arah memacu sektor pelancongan dengan menggandakan pendapatan hiburan malam menerusi kemasukan pelancong asing di negara ini sebagaimana pelan yang dirancang menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau dipetik dengan berkata tidak timbul isu hab hiburan malam ini menggalakkan penularan budaya Barat dan menyebabkan pelbagai penyakit sosial. Beliau juga menambah  bahawa orang sekarang lebih terbuka dan perkara itu perlu dilihat secara lebih terbuka kerana sasaran hab ini ialah untuk pelancong asing. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendalian Perniagaan Sektor Eko Pelancongan dan Marin di Sutra Beach Resort.

Kenyataan seperti ini benar-benar menggambarkan pemimpin negeri ini tidak menghormati perasaan dan sensitiviti umat Islam serta masyarakat sivil di negara ini ketika masyarakat berhadapan dengan isu keruntuhan akhlak seperti Read the rest of this entry »

Filed under: Ikram, Kenyataan Media

Benteras gejala zina dan buang bayi adalah tanggungjawab bersama

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI TERENGGANU

DAN

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) NEGERI TERENGGANU

1 November 2010 / 24 Zulkaedah 1431H

BENTERAS GEJALA ZINA DAN BUANG BAYI

ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

 

Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu amat prihatin dan bimbang dengan peningkatan peratusan anak yang tak sah taraf di negeri Terengganu sebagaimana yang dinyatakan dan dibacakan di dalam khutbah Jumaat bertajuk “Zina dan Anak Tak Sah Taraf” siri 44/2010 bertarikh 21 Zulkaedah 1431H bersamaan 29 Oktober 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Menurut JHEAT, anak tak sah taraf adalah anak yang didaftarkan kelahirannya tanpa maklumat bapa. Pada tahun 2007, negeri Terengganu sahaja telah merekodkan sejumlah 531 orang kanak-kanak (277 lelaki dan 254 perempuan) dari keturunan Melayu telah didaftarkan sebagai anak tanpa maklumat bapa.

Manakala pada tahun 2008, jumlah ini bertambah seramai 199 orang, menjadikan bilangan anak tak sah taraf seramai 730 orang (389 lelaki dan 341 perempuan) iaitu pertambahan sebanyak 37.48%.  Jika diambil kira semua keturunan yang beragama Islam, pada tahun 2007 terdapat seramai 576 orang kanak-kanak (298 lelaki dan 278 perempuan) dan pada tahun 2008 seramai 799 orang kanak-kanak (425 lelaki dan 374 perempuan) yang didaftarkan sebagai anak tanpa maklumat bapa. Secara keseluruhannya bagi tempoh tahun 2007 sehingga 2008 terdapat pertambahan sejumlah 223 orang atau 36.72% anak tak sah taraf di negeri Terengganu.

 

Ini ditambah pula dengan laporan Jabatan Pendaftaran Negara yang ,merekodkan sejak 2000 hingga Julai 2008 sahaja terdapat lebih dari 257,000 sijil kelahiran tanpa catatan nama bapa telah dikeluarkan. Secara purata kelahiran anak zina ini adalah 2,500 setiap bulan, 83 kes setiap hari , satu kes setiap 17 minit 17 saat. Statistik kes pembuangan bayi pula terus meningkat ; 45 kes dilaporkan seluruh negara untuk tempoh Jan – Jun 2010 berbanding 79 kes untuk tahun 2009 (Sumber PDRM). Read the rest of this entry »

Filed under: Ikram, Kenyataan Media, Krisis akhlak

Notis MPWN dan MPN JIM 2010

logo JIM

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) TERENGGANU

Kepada :

Ahli – ahli JIM seluruh Negeri Terengganu

 

Assalamu’alaikum Wrh Wbt

PER : MESYUARAT PERWAKILAN WANITA NEGERI (MPWN) DAN MESYUARAT PERWAKILAN NEGERI (MPN) JIM TERENGGANU 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) JIM Terengganu akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 30 Oktober 2010  / 22 Dzulka’edah 1431 H

Tempat : Sekolah Rendah Islam Al Amin Kertewh

Masa : 8.oo pagi – 2.00 tengahari

2. Sebagaimana maklum, Mesyuarat Perwakilan Negeri adalah satu perhimpunan yang sangat penting bagi ahli – ahli membincangkan prestasi JIM Negeri sepanjang setahun.

Jadikanlah perhimpunan ini sebagai tempat untuk kita mengemukakan idea dan merumuskan hasil yang terbaik. Selain itu ahli –ahli digalakkan memberi cadangan dan teguran yang membina demi melonjakkan aktivisma JIM.

3. Kepada Allah jua kita pohon kelapangan masa dan dapat hadir ke Mesyuarat ini, Insya Allah.

Wassalam

BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT

HJ FAKHRUL ANUAR ZULKAWI

Setiausaha JIM Negeri

Sesi 2009-2011

Filed under: Mesyuarat Agung

Program terkini Kelab Remaja JIM (KRJ) Terengganu

Assalamualaikum warahmatullah,

Berikut adalah program terdekat melibatkan Jawatankuasa Pembangunan Remaja (JKPR) JIM Terengganu melalui Kelab Remaja JIM (KRJ) Terengganu :

1) 16-17 Julai 2010 – Program KBM versi IPT di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

2) 23-24 Julai 2010 – Program KBM versi Remaja di Sekolah Menengah Sains Dungun  untuk pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5

3) 30-31 Julai 2010 – Program KBM versi Remaja di SMK Air Putih, Kemaman melibatkan pelajar tingkatan 3-5

Keindahan Bersamamu (KBM) adalah satu program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih dan sayang.

KBM adalah program KRJ yang semakin mendapat tempat di IPT dan sekolah sekolah di Terengganu. Sebelum ini, KRJ Terengganu telah dijemput mengendalikan KBM di SMK Geliga, SMK Sultan Ismail 1 dan 2, IMTIAZ Kuala Terengganu, SBP Batu Rakit dan SMK Felda Neram. Uitm Dungun dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin juga telah bersama dengan KRJ dalam program KBM ini. apa itu KBM?—>klik sini

Untuk maklumat lanjut mengenai KBM, sila hubungi penyelaras KBM KRJ Terengganu, Saudara Mohd Sufian Mat Ali ( 019 939 8220 )

Filed under: KBM, KRJ, remaja

‘Tarbiyah dari Gunung’ – Mengungkap kemanisan ukhuwah

Assalamualaikum warahmatullah,

‘Tarbiah dari Gunung – Catatan Pengalaman Ekspedisi di Chemerong’. Begitulah tajuk buku sulung JIM Terengganu yang baru diterbitkan oleh JIMedia Terengganu dan JIMedia Pusat.

Buku ini mengumpulkan catatan pengalaman peserta ekspedisi yang  ‘tidak jumpa jalan’ semasa bermukhayyam di Gunung Berembun, Chemerong pada tahun 2007.

Boleh dapatkan buku ini dari wakil JIMedia Terengganu, saudara Mohd Sufian Mat Ali (019 939 8220)

Harga : RM15 senashakh

Terengganu

Filed under: JIMedia

Wahabi : Perbezaan pendapat harus ditangani secara ilmiah bukan dengan melabel.

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya.  Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah. Read the rest of this entry »

Filed under: Ikram, Kenyataan Media

Anda pengunjung ke

  • 19,703

Emel

jimterengganu@gmail.com

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKRAM Malaysia

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.